BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Anda Pengunjung Ke...

Ahlan Wasahlan

SELAMAT DATANG KE LAMAN SECEBISKATA

Isnin, 3 Januari 2011

Tapi Dia...

i like this song... mendayu-dayu...
eh3...sorry ya! tak ada kaitan dengan myself taw...
suka semulajadi je... sebab menyentuh hati
sama macam lagu Bersamamu and Bertakhta di Hati...

Lagu ni tajuknya Tapi Dia..Dr FaZley and aDzriN

Ku begini mula bekalan
Mengenangkan cinta yang datang

Ku sendiri berbelah bagi

Percintaan jadi keliru



Hatiku pasti namun ku gelisah

Antara teman dan cinta sejati

Ku pun sendiri tak tega rasanya

Mendustakan cinta ini walaupun terpaksa
Korus

Kekasih lafazkanlah

Ku ingin dampingi mu

Turutkanlah hati mu

Tak ingin ku lukai

Terimalah kasih ku

Bagaimana dengannya

Cintaku ini kamu

Aku juga begitu



Tapi dia

Tapi dia



Dulu kau cinta dia

Namun kau yang menghilang

Kini kita berdua

Cintailah sepenuh jiwa mu kasih

First Day at School

Hoolla Malaysia!
Hari ni aku kena ikut mak pergi sekolah~ jadi cikgu sementara yang tak bertauliah dan tak bergaji. Tengoklah aku nie... geng aku yang lain sure tengah sibuk buat taik mata sekarang. Inilah rutin untuk hari pertama dan hari yang akan datang sampai result SPM keluar. Paling cepat itulah, kalau paling lambat mungkin jugak sampai aku nak mendaftar ke kolej! Ataupun U ke...aamiin...

Baru sudah sarapan. Nasi goreng cili padi yang tak berapa nak pedas (kalau tergigit cili padi~ different story) dengan telur goreng yang kuningnya separuh masak dan sepenuhnya masak. Air? Milo ais yang tersangatlah manis(family history ada diabetes~ so watch out!!)

Ingat nak sambung cerita aeiou. Hah! Misi kemas buku dah selesai! Lapang sangat meja study tu sampai aku boleh duk lelap kat situ. Dulu... nak letak handphone pun tak muat! Hahahaha...

Malam tadi sejuknya Masya-ALLAH! Aku pulak tak ada selimut... adussshhh.... bangun pagi macam dekat Kutub Selatan! Aku ni nama aje cuti tapi rutin aku akan berulang balik, sama aje macam tahun2 lepas! Bezanya kali ni aku pergi sekolah tak pakai uniform!

Harap2 senyuman aku lebih lebar dari smiley ni time ambik result nanti! Amiin10000x
Time sarap dekat kantin tadi, ramailah geng2 mak yang tanya pasal SPM aku. Aku jawab okey kot... tak nak mengharap. Tapi nak mengharap jugak result aku bombastik! Mampu menerbitkan senyuman di bibir dan hati!

Ahad, 2 Januari 2011

Baru Seminit Aku Pergi

ahhhh!!! mengapa?
...baru seminit aku pergi, aku telahpun engkau lupakan!
namaku masih terpapar di icon ym mu, tapi langsung engkau tak endahkan!
aku ingin menegurmu, tapi mungkin saja balasan yang engkau berikan dingin sebagaimana biasa!
aku benci dengan keadaan ni! inilah yang menganggu jiwa tenangku dan menerbitkan ribut di jiwa yang mengancam kedamaian hatiku!

cemburu? mungkinlah... kerana engkau sahabatku teristimewa...
mungkin setelah sehari aku pergi, aku telah mati buatmu!
hukuman ini terlalu berat! tetaplah di sini, jangan tinggalkan aku sendiri!!

PLKN, cUti, research???

salam~
agak-agaknya anga and all plkn's gang dah lapor diri kot.
Lapor diri hari ni. semalam anga mesej, dia menyuarakan betapa 'eager'nya dia untuk melapor diri hari ni! Haha... hopefully skin probs dia tu tak munculkan diri utuk plkn ni. Kesian pulak kat anga aku tu.
Yo3... aku bukan orang bertuah untuk terpilih untuk menyertai program ni. Huda dah lepas sebab dia dah kena UTP untuk educamp. Orang lain pulak sibuk dengan aktiviti masing-masing... driving class, part-time job...whatever!

Tinggal aku and mungkin beberapa orang lagi yang duk menghabiskan beras mak je kat rumah. Novel yang dalam progress pun mungkin aku boleh selesaikan kalau tak ada gangguan! Yeah... esok should be fine to finish my work.

Research yang aku jalankan belum lagi habis. Banyak lagi... and kak izyan pulak too busy nak tolong aku. Kan baik kalau aku jadi volunteer kat hospital ke kan... huhu. Terperap je kat rumah ni. Boring gak, menatap laptop sampai rabun aku bertambah!

Oh ya, nak pack buku la. Buku2 tahun lepas yang rasa-rasanya tak digunakan lagi. Nanti biar Ana tak bebel lagi tengok bilik penuh dengan buku aku. Oppss... matriks nak bawak ke buku2 ni? Hmmm.....???

Banyak sangat program dalam kepala ni...entah terbuat ke tidak. Research ? Writing? Kemas buku? Huhu...
               
                                 WE MUST NOT GIVE UP! (gaya cakap Fazura dlm Pisau Cukur~)

Migrain??

Subuh tadi.. rasa macam nak pengsan! Kepala part kiri ni berdenyut sangat-sangat! Kiri sahaja! Letih tergolek kiri kanan, terlentang, tergolek, meniarap...tukar bantal banyak kali still gak tak lega.


migrain aku lagi dahsyat dari pic ni

So aku pun raba handphone. 6.03 pagi. Bangun terus pergi toilet, ambik wudhuk. Solat Subuh then tergolek balik atas katil. Still tak kebah jugak. Aku sampai nak kejutkan Along suruh pergi belikan aku Panadol! (actually aku ni tak suka makan ubat~ selalu try cara fizikal untuk sihat balik. Macam hembus nafas dari sebelah hidung je ke..atau pun tidur!)

Tapi subuh tadi nak tidur balik pun payah. Bukak aircond tutup aircond. At the end, aku terlentang je hadap siling. Slowly sakit tu berpindah pada belakang kepala... and mata aku time tu da stim balik. Selaamat~

Bangun balik tengok jam dah pukul 10. Hehehe... buku, kertas, novel tak payah cakaplah. Yang jadi peneman tidur aku malam tadi habis bersepah! Esok kena ikut mak pergi sekolah and now bermula la balik rutin pepagiku...

Dekat dapur mak tengah masak nasi dagang! Perut pulak buat hal... pms. Taklah sakit mana , tapi aku tak selesalah. Dahsyat gk first time kena ni. Hopefully time aku further study ni, penyakit ni tak serang lagi. Payahlah nak baca buku cam tu ek?

Sabtu, 1 Januari 2011

Malam Ini Aku Tak Mahu Sendiri

....datanglah sayang, dan biarkan ku berbaring...
...di pelukanmu walau untuk sejenak...
...usaplah dahiku dan akan kukatakan semua
...bila kulelap tetaplah di sini, jangan tinggalkan aku sendiri
...bila kumarah biarkan kubersandar, jangan kau pergi untuk menghindar!

Awal lagi untuk tidur. Malam semalam pun aku tidur dalam pukul 3 agaknya... dah nak subuh pun. Tapi for sure memang lewatlah aku tidur sejak akhir-akhir ni. Dah terbiasa sejak dari exam month lagi...

Aku teringat kat mandak..kat kf...
Rindu kat mereka. Mampu merindui dari jauh sahaja, nak menggapai tangan tak sampai!

Actually aku tengah organise family trip to Langkawi... sedih gak la sebab aku harap everybody dapat pergi, but it look like semua orang telah pun membusykan diri!

Aku nak menulis sekarang tapi demand untuk laptop ni tinggi sangatlah! Semua nak guna. Ni pun setelah kuguna kuasa veto aku, baru aku dapat lappy nie. Nak makan~ tapi perut dah terlalu kenyang! Makan laksa Sarawak..yumm3....

Kesepian di hati masih lagi belum terusir pergi. Mengapa?Aku perlukan seseorang yang boleh mendengar setiap keresahan hati ni. Yang boleh memahami setiap kelelahan yang aku hadapi!

Aku harap kelelahan ini segera pergi!

Aku Mintak Maaf....

Entah kenapalah dengan aku ni.
Tak sure la apa yang terjadi kat aku sebenarnya tak pastilah, tapi memang xde mood.kebelakangan ni mood mmg down je.
KF msg banyak kali pun... aku balas tanpa perasaan.why?
Novel2 yang banyak lagi tersadai aku biarkan je. Ahhh... apa yang tak kena ni?
Sesak betul kepala rasanya.. rasa macam nak gi bercuti bg release sikit tension ni.
KF, i'm sorry... really sorry...
aku sayang gile kat KF.. aku xnk wat dia terluka dengan sikap aku yg ntah pape nie..

Semalam dia suruh aku rehat. Dia kata dia ok je...
Memangla KF aku... aku je yang tak ok!

Aku tak ingin menghapus jejakmu...

Chekgu Terchenta~ my classteacher

i'll miss you teacher..
Dekat sekolah tu.. semua cikgu aku sayang! Cikgu yang walaupun slalu la jugak marah aku (silap aku gak~ xde maknanya cikgu nak marah tanpa alasan), ada beberapa cikgu ni yang sangat aku sayang.
 Tapi now aku cuma nak cite pasal salah seorang cikgu yang aku sayang ~ Teacher Salmah!


Teacher Salmah ajar aku time form 4 and form 5. Dia ajar Kimia, salah satu subjek favourite aku. Aku rasa dia sangat la caring... pernahlah satu hari tu. Aku terkantoi menangis solo-solo dekat kelas..( hari tu terlebih syahdu sangat!) dia tegurla aku. Sebenarnya time tu aku tengah cuba kumpul semangat balik... hah! menangis adalah perkara yang paling aku benci ( tapi itula yang slalu aku buat).

Bila cikgu tegur... waa straight aku nangis balik! (org kalau br nangis jgn tego~ 2 kemungkinan je! dia hentam ko atau dy nangis blek!hehe). cikgu dgn sifat keibuaan dia.. tanya kenapalah aku dok kuarkan air mata pagi2..

Cuba nak elak soalan tu.. tapi cikgu kata "saya kan guru kelas kamu. kamu tak nak cerita dekat saya ke?" ohh... aku ceritalah jugak. Banyak nasihat yang cikgu bagi. antaranya~ hargainya masa dengan si 'dia' sebelum terlambat! paling aku xley lupa...cikgu pun nangis sme2 ngan aku. lepas tu... budak2 ni balik. drama swasta la aku xpsl2...

Sejak tu, cikgu selalu tanya aku.. aku dah ok belum dengan 'dia' tu. Aku pun tak berapa pasti .. tapi rasa hati aku lega la dapat nasihat cikgu. Moga KIMIA aku A+ untuk Teacher Salmah! Thank you teacher...








Rindu~ untuk menatap wajahmu!

Tahun baru!
Azam baru...yeah... menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelumnya!
Tiba-tiba teringat la pulak pada semua kawan2 sekolah ...

Pic ni ambik dengan ustazah Azian(QS's teacher)~ aku rindu korang!



yang baru je aku lepaskan pergi tahun lepas... hopefully kita semua sukses yeah!
Entah apalah aktiviti mereka sekarang... ntah2 tidur kot...

Cuma aku je yang tengah ketak-ketuk depan komputer ni... tengok-tengok benda menarik. Aku dah termimpi-mimpi result nie.. tapi mimpi tu ntah pape lah! Ada ke result tulis tangan? TAK LOGIK LE! Tapi apa pun... aku tetap harap kita semua sukses! Berbaloi usaha penat lelah semua orang ~ especially cikgu2 yang aku sayang!




Mana Ideaku Pergi?

problem..problem...
hisy... ni yang lemah ni. Aku sangat-sangatlah memerlukan idea sekarang ni.
tanpa IDEA... aku ni bukan sesiapa.
agaknya dia balik kampung kot... cuti tahun baru!
haks... projek baru dengan Masyi still in progress...
masih lagi tersekat dek kerana IDEAku yang balik kampung nie. Tadi baru habis buat interview dengan sorang dr. to be ni...thanx ribu-ribu sebab sudi berkongsi!

Now aku kena siapkan projek aku dengan dak Masyi before bulan Jun ni...
sebelum segala kegemaranku terpaksa kulupakan sementara untuk mengejar impian!
Sebenarnya aku tengah blurr ni... jiwa kacau sikit la. Lately ni pun asyik mimpi yang bukan-bukan je. Nak hidup dengan aman pun tak senang.