BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Anda Pengunjung Ke...

Ahlan Wasahlan

SELAMAT DATANG KE LAMAN SECEBISKATA

Isnin, 3 Januari 2011

First Day at School

Hoolla Malaysia!
Hari ni aku kena ikut mak pergi sekolah~ jadi cikgu sementara yang tak bertauliah dan tak bergaji. Tengoklah aku nie... geng aku yang lain sure tengah sibuk buat taik mata sekarang. Inilah rutin untuk hari pertama dan hari yang akan datang sampai result SPM keluar. Paling cepat itulah, kalau paling lambat mungkin jugak sampai aku nak mendaftar ke kolej! Ataupun U ke...aamiin...

Baru sudah sarapan. Nasi goreng cili padi yang tak berapa nak pedas (kalau tergigit cili padi~ different story) dengan telur goreng yang kuningnya separuh masak dan sepenuhnya masak. Air? Milo ais yang tersangatlah manis(family history ada diabetes~ so watch out!!)

Ingat nak sambung cerita aeiou. Hah! Misi kemas buku dah selesai! Lapang sangat meja study tu sampai aku boleh duk lelap kat situ. Dulu... nak letak handphone pun tak muat! Hahahaha...

Malam tadi sejuknya Masya-ALLAH! Aku pulak tak ada selimut... adussshhh.... bangun pagi macam dekat Kutub Selatan! Aku ni nama aje cuti tapi rutin aku akan berulang balik, sama aje macam tahun2 lepas! Bezanya kali ni aku pergi sekolah tak pakai uniform!

Harap2 senyuman aku lebih lebar dari smiley ni time ambik result nanti! Amiin10000x
Time sarap dekat kantin tadi, ramailah geng2 mak yang tanya pasal SPM aku. Aku jawab okey kot... tak nak mengharap. Tapi nak mengharap jugak result aku bombastik! Mampu menerbitkan senyuman di bibir dan hati!

Tiada ulasan: