BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Anda Pengunjung Ke...

Ahlan Wasahlan

SELAMAT DATANG KE LAMAN SECEBISKATA
Memaparkan catatan dengan label Koleksi Cerpen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koleksi Cerpen. Papar semua catatan

Selasa, 4 Januari 2011

Kemarau Cinta

Asyura melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk di ruang tamu.Alat kawalan jauh televisyen dicapai lalu butang berwarna merah ditekan.Bila televisyen berfungsi,dia menukar siaran.Terus menukar dan akhirnya ditutup kembali televisyen tersebut.


Sekitar ruang tamu itu diperhatikan.Seketika dia mengeluh pendek.Kebosanan tiba-tiba melanda dirinya.Kemudian dia mengerling pada jam di dinding.Sudah jam enam petang.Seketika fikirannya menjengah memikirkan Fahmi,lelaki yang hampir tiga tahun menjadi suaminya.Masih belum pulang dari pejabat.

“Err…Mak Mah!”panggil Asyura sebaik sahaja terlihatkan pembantu rumahnya yang

telah melewati usia separuh abad itu.Wanita itu menoleh dan langkahnya terhenti.Asyura mengukir senyuman.

“Mak Mah…mari sini.”

Seketika wanita itu melangkah ke arahnya.

“Mak Mah dari mana tadi?”soal Asyura lalu membetulkan duduknya.

“Dari halaman Cik Puan.Ada apa Cik Puan panggil Mak Mah?”tanya Mak Mah sopan.Asura tersenyum simpul.

“Mak Mah,kalau temankan Ara berbual boleh tak?Ara bosanlah.Mak Mah temankan Ara,boleh kan?”

Asyura mengerdipkan matanya berkali-kali.Memancing simpati pembantu rumah yang telah dianggap seperti ibu kandung sendiri sementelah dirinya sendiri dibesarkan di rumah anak yatim semenjak kecil.

Dengan senang hati,wanita itu melabuhkan punggung di hadapan majikannya.

“Mak Mah,dari mula Ara pijak rumah ni tiga tahun lepas,Mak Mah asyik panggil Ara Cik Puan aje.Panggil Ara dahlah.Lagipun Ara ni bukannya siapa-siapa sebelum kahwin dengan Fahmi.Orang biasa je.”

“Err…tapi Cik Puan…”

Asyura tersenyum melihat pekerjanya yang nampak serba-salah dengan permintaannya itu.

“Kenapa?Mak Mah takut Fahmi marah ke?Alah…dia tu.Tak de apelah,Mak Mah tak payahlah takut.Kalau dia tegur,cakap je Ara yang suruh,”balas Asyura selamba.

“Baiklah,Cik…er..Ara.Baiklah Ara…”

Tersengih Mak Mah apabila menyedari dia tersasul memanggil Asyura.Asyura tersenyum lebar.

“Mak Mah,rumah ni tak ada seri,kan?”

Pertanyaan yang ganjil pada pendengaran itu membuatkan Mak Mah mengerutkan dahi kehairanan. Memandang majikannya yang nampak muram.

“Kenapa pulak Ara cakap macam tu?Rumah besar dan cantik ni tak ada seri?”

Asyura mengangguk.Kemudian terdengar dia mengeluh.

“Ara tak tahulah pada siapa nak luah,Mak Mah.Rumah ni…kalau ada suara budak-budak,kan berseri?Seronok,meriah je.Tapi tengoklah macam sekarang,sunyi je,”kata Asyura perlahan.Sayu.Mak Mah yang mendengar tersenyum.

“Kalau macam tu,Ara dengan Tuan Fahmi kenalah dapat anak cepat-cepat.Biar rumah ni ada seri,meriah.Mak Mah pun seronok nanti.”

Kata-kata yang ikhlas lahir daripada pembantu rumahnya hanya membuatkan Asyura terluka.Bila mendengar nama suaminya,betambah terluka hatinya.Hampir-hampir sahaja air matanya menitik.

“Itulah yang saya nak.Tapi…Fahmi tak suka.Dia tak mahu.”

Mak Mah yang mendengar kehairanan.Wajah sedih Asyura ditatap.

“Kenapa pula,Ara?”

Asyura menarik nafas lalu dilepaskan perlahan-lahan.Bahunya diangkat.

“Tak tahulah,Mak Mah.Ara sendiri tak faham dengan dia.Dulu lagi dia dah ingatkan Ara dia tak mahu zuriat.Katanya menyusahkan.Entahlah…”

Asyura bersuara hiba.Mak Mah yang mendengar terkejut pada mulanya namun sebaik sahaja terpandangkan wajah majikannya yang suram,hati tuanya turut berduka.

“Ara,kan perkahwinan tu untuk menambahkan umat Muhammad atas muka bumi ni,nak?Ara tak cuba pujuk Tuan Fahmi ke?”

Kata-kata Mak Mah itu memang tidak disangkal Asyura.Benar,perkahwinan untuk menambahkan lagi umat Muhammad s.a.w.Setahunya,setiap pasangan yang berkahwin inginkan anak buat penyeri rumahtangga.Lain pula suaminya.

“Puas dah,Mak Mah.Balik-balik,saya yang kena marah nanti.Tak tahulah macam mana nak buatkan dia berubah,”luah Asyura kecewa.Wajahnya mendung.

“Ara sabarlah,nak.Esok lusa,ada juga nanti keinginannya nak tengok zuriat sendiri.Insya-ALLAH.”

Tapi perbualan mereka terhenti apabila terdengar enjin kereta yang menjalar masuk ke halaman rumah.Asyura memanjangkan lehernya,menjenguk ke halaman.Ternampak tubuh Fahmi yang sedang melangkah keluar dari BMW X5 yang baru selesai diparkir.

“Fahmi dah balik,Mak Mah.Mak Mah pergi dapur dulu ya,tolong siapkan hidangan.”

Mak Mah menurut.Selepas pembantu rumahnya berlalu,Asyura bangun.Dia melangkah ke muka pintu,ingin menyambut kepulangan suaminya.Walaupun tiada hati untuk tersenyum,namun dipaksa juga bibirnya.

“Hai sayang!”sapa Fahmi ceria.Wajahnya keletihan,namun bibirnya tetap tidak lokek mengukir senyuman buat isteri tercinta.Dia segera melangkah mendapatkan Asyura di muka pintu.Mencium hangat dahi isterinya sebelum Asyura membalas dengan mencium tangan kanannya.

Beg bimbit Fahmi beralih tangan.Asyura menanti seketika suaminya membuka kasut sebelum mereka beriringan ke kamar mereka.

Bila di dalam bilik,Asyura hanya menyangkut semula kot hitam yang dihulurkan suaminya.Kemudian meletakkan beg bimbit Fahmi di atas sofa di dalam kamar maha luas itu.Bila suaminya menghilang di balik pintu bilik air,Asyura duduk di birai katil.Menanti Fahmi sehingga lelaki itu selesai mandi.Kemudian menanti lelaki itu selesai menunaikan solat Asar.

“Aik,Ara?Senyap je dari tadi?Tak sihat ke?”tanya Fahmi.Tangannya terus meraba dahi si isteri.Asyura segera menggeleng dan tersenyum tawar.Tangannya menolak tangan Fahmi yang baru menyentuh dahinya.

“Tak adalah,Ara okey je.Penat kot.”

“Penat?Ara buat apa hari ni?Kemas rumah ke?”

Asyura mengeluh pendek.Perlahan sahaja.Tersilap alasan.

“Tak.Tak adalah.Semua tu Mak Mah yang buat.Ara tolong sikit-sikit je.”

Fahmi menggeleng.Kemudian lelaki itu tersenyum,menyerlahkan ketampanannya.

“Kenapa sayang buat semua tu?Mak Mah tukan Fahmi gajikan untuk buat semua tu.Ara tak payahlah susah-susah.Kalau sakit nanti,siapa susah?”

Asyura hendak tergelak.Mustahil dengan mengemas rumah sahaja boleh jatuh sakit.Fahmi…Fahmi…

“Yelah,yelah.Jom Fahmi,kita turun makan.Fahmi mesti lapar,kan?Ara temankan jom.”

Lengan Fahmi ditarik lembut.Mengisyaratkan lelaki itu agar mengikut langkahnya.



Malam yang dingin.Asyura sudah menyelimuti tubuhnya dengan comforter berwarna jingga itu.Penghawa dingin yang terpasang membuatkan dia kesejukan.Kamarnya masih terang-benderang.

“Fahmi…tak mengantuk ke?”tanya Asyura dari atas katil.Fahmi yang sedang menonton televisyen menoleh sekilas.

“Belum.Kejap lagi Fahmi tidurlah,Ara tidurlah dulu.Habis cerita ni,Fahmi masuk tidur,okey?”

Asyura tidak membalas.Cuma berharap agar siaran yang sedang ditonton suaminya itu cepat habis.Dia ingin memujuk lelaki itu agar mengubah pendirian.Dia sudah terlalu sepi.

Lama menanti.Bila Asyura ingin melelapkan mata,barulah terasa lampu kamarnya dipadamkan.Suara daripada peti televisyen juga tidak kedengaran.Kemudian terasa tangan kasar suaminya mengusap lembut ubun-ubunnya.

Asyura berkalih.Cahaya daripada lampu jalan yang menerjah ke dalam bilik mereka sedikit-sebanyak membantu penglihatannya di dalam bilik yang sudah dipadam kesemua lampu itu.

“Fahmi…”panggil Asyura perlahan.

“La?Ara belum tidur lagi ke?”

Asyura diam.Kemudian dia bangkit dari baringan.Duduk menghadap suaminya.

“Fahmi,Ara ada benda nak cakap ni.Tapi Fahmi jangan marah,ya?”

Fahmi yang mendengar berasa hairan.Namun telinganya menanti sahaja apa yang ingin dikatakan oleh si isteri.

“Cakaplah,”ujar Fahmi lembut.

Asyura menarik nafas.Dia tahu,mungkin apa yang ingin dia bicarakan sebentar nanti,mengundang marah Fahmi.Namun…dia tidak akan berdiam diri sahaja.

“Fahmi,Ara rasa sunyi sangat sejak kebelakangan ni,”luah Asyura perlahan.

“Kalau macam tu,keluarlah pergi jalan-jalan ke.Pergi bersiar-siar.Hmm?”

“Bukan sunyi tu…tapi hati ni rasa kosong.Rumah kita ni,tak ada seri tahu tak?Sunyi je.Kalau Fahmi tak de,lagilah terasa sunyinya.”

Asyura berkata perlahan.Berharap moga simpati suaminya ada.

“Kenapa ni?Ara nak cakap apa ni?Cuba terus-terang…”

Masih lembut bicara Fahmi.

“Fahmi tak rasa ke,kan hilang sunyi rumah kita ni kalau ada budak-budak?”

Perlahan-lahan kata-kata itu diucapkan.Namun Fahmi terus berubah riak.

“Ara,kalau nak cakap pasal anak,sorry!Fahmi tak nak dengar!”kata Fahmi tegas.Asyura mengeluh.Bila suaminya ingin berlalu,cepat-cepat lengan lelaki itu dicapai dan dipegang kemas.

“Fahmi…please.Janganlah macam ni,sampai bila Fahmi?Ara dah 28 tahun depan.Fahmi tak kesian pada Ara ke?”

Fahmi mendengus.

“Ara tak faham ke?Fahmi tak nak,Fahmi tak suka!Budak-budak menyusahkan tahu tak?”

Bagai halilintar yang membelah bumi,suara Fahmi pula menerbangkan semangat Asyura yang tinggal sisa.

“Fahmi…”

Asyura cuba memujuk.

“Cukup!”pintas Fahmi.Asyura terdiam.Lama kemudian,air matanya menitis pula.

“Anak-anak tukan penyeri rumahtangga.Tak lengkap bahagia kita kalau tak ade mereka.”

Asyura masih tidak mengalah.

“Tak lengkap apa pulak?Ara…tell me.Tak cukup ke harta yang Fahmi bagi ni?Tak cukup ke?”soal Fahmi keras.Asyura tersentak.Makin galak air matanya mengalir.

“Cu…cukup.Terlebih cukup,”jawab Asyura tersekat-sekat.

“Dahtu?”

“Tapi harta yang banyak pun tak bawak bahagia.Harta kita dunia akhirat,cuma anak-anak,Fahmi.”

Mendengar perkataan ‘anak’ yang terluncur di bibir isterinya,Fahmi mengeluh keras.Pegangan Asyura dilepaskan.

“Asyura,dengar sini.Fahmi tak nak dengar lagi pasal ni.Jangan berani lagi cakap pasal benda ni.”

Fahmi bingkas.Terus berlalu dari bilik itu.

“Fahmi!”

Namun panggilannya tidak dihiraukan.Lelaki itu terus berlalu.Akhirnya Asyura yang terlena dengan linangan air mata.



Bila Asyura terjaga keesokan harinya,Fahmi sudahpun ke pejabat.Setiap kali mengenangkan peristiwa malam tadi,air matanya menjadi murah sahaja.

“Ara,tak sarapan ke?”tanya Mak Mah.Asyura menoleh.Dia menggeleng perlahan.

“Ara tak ade selera.Kalau lapar nanti,Ara makanlah,”jawab Asyura perlahan.Mak Mah tidak mengulas apa-apa.Cuma memerhatikan sahaja wajah muram majikannya.

“Mak Mah tengok Ara muram je ni?Ara ada masalah ke?”

Asyura menoleh.Memandang wajah pekerjanya yang prihatin.Kemudian dia tersenyum nipis.

“Tak ada apalah.Ara biasa aje.”



Jam sepuluh malam.Fahmi masih belum pulang lagi.Asyura keresahan.Bimbang perkara yang dibangkitkan semalam menjadi punca mengapa lelaki itu masih belum pulang sehingga kini.Dalam kecewanya dengan Fahmi,masih terselit prihatinnya buat lelaki itu.

Semua penghuni banglo setinggi dua tingkat itu sudah lama lena.Cuma tinggal dia sahaja yang masih berjaga,menanti kepulangan Fahmi.

Lama menanti.Namun tak muncul-muncul jua.Asyura memandang jam lagi.Sudah lewat angka 12.Telefon bimbit suaminya didail,namun tiada jawapan.

Bila dia hampir terlena,barulah dia mendengar bunyi enjin kereta.Yakin bahawa itu adalah Fahmi,lantas punggungnya diangkat lalu melangkah ke bilik.Ingin tidur kerana dia benar-benar sudah mengantuk.

Bila dia sudah berbaring di atas katil,tidak lama kemudian tombol pintu kamarnya dipulas.Matanya dibuka sedikit.Terlihat wajah Fahmi yang kepenatan.Dadanya berdebar apabila Fahmi duduk di sebelahnya.Aturan nafasnya cuba dikawal.

“Maaf sayang.Pasal malam semalam,harap Ara faham.”

Kemudian terasa dahinya dicium perlahan.Hati Asyura membentak.Ingin memprotes namun dipendamkan sahaja.

Balik-balik,Fahmi sahaja yang perlu difahami.Kehendak Fahmi sahaja yang perlu diikuti.Dia?Kehendaknya?Langsung tiada lelaki itu peduli.



Seminggu berlalu.Hubungan Asyura dan Fahmi kembali seperti selalu.Walaupun hakikatnya,pahit itu dipendam hanya Asyura seorang.

Fahmi,lelaki itu romantik dan penyayang.Namun bila tiba soal anak,semuanya menjadi sebaliknya.Asyura sendiri tidak mengerti.Susah hendak menebak apa yang menjadi keinginan lelaki itu.

“Ara.”

Asyura menoleh.Berpandangan seketika dengan Fahmi yang tercegat di pintu.

“Kenapa?”tanya Asyura lembut.

“Fahmi kena pergi Kuching esok.Nak ikut tak?”

“Kerja?”

Fahmi angguk.Asyura diam.Kalau mengenai kerja,memang dia tidak berminat.Dia menggeleng.

“Ara tolong siapkan baju untuk seminggu.Ahad minggu depan Fahmi balik.Don’t miss me.”

Asyura tersenyum nipis.Dia bangun dan beg pakaian diambil.Sehelai demi sehelai pakaian Fahmi dimasukkan.

Fahmi akan ke Kuching,maknanya dia akan sendirian lagi.Sekadar ditemani dengan pembantu rumah sahaja.Alangkah baiknya kalau dia ada anak sendiri,yang menjadi penemannya.Tanpa sedar,dia mengeluh perlahan.

“Kenapa ni?”tanya Fahmi lalu duduk di sebelah Asyura.

“Kenapa apa?”tanya Asyura hairan.Tidak berapa faham dengan soalan suaminya.

“Tadi Fahmi dengar Ara mengeluh.Kenapa?”

“Emm..tak de apelah,”dalih Asyura.Kalaupun dia memberitahu sebabnya,akan berubahkan pendirian lelaki itu?



Bila Fahmi pergi,Asyura sendirian.Tiada apa yang boleh dibuat dengan rumah besar itu.Hendak berjalan-jalan di luar pun,dia tidak berminat.

Hari-hari dilalui terasa begitu sepi.Hanya Mak Mah yang menjadi teman berbualnya.Kadang-kala Pak Mad,tukang kebun dan juga pemandunya ada juga berbual-bual dengannya.Namun semua itu,belum mampu berjaya mengusir rasa sepinya.

Lusa Fahmi akan pulang.Asyura berbaring di atas katilnya.Hari merangkak tengahari.Terkebil-kebil memandang siling bilik.Seharian dia tidak dapat bergerak.Kepalanya terasa berpusing.Pandangannya juga berpinar.Pening,berdenyut rasa kepalanya.

Entah berapa puluh kali kepalanya dipicit.Bila sudah letih,dia akan tertidur.Ingin memanggil Mak Mah membantu,dia teringat akan larangan Fahmi untuk tidak membenarkan sesiapa melangkah masuk ke dalam kamar mereka berdua.

Tok!Tok!

“Siapa?”tanya Asyura lemah.Sakit kepalanya,bagai hendak pecah.

“Ara,Mak Mah ni.Ara okey ke?Tak turun untuk sarapan?”

Bila mendengar suara Mak Mah,hati Asyura menjadi lega.Terus dia mengarahkan pekerjanya itu masuk,terlupa terus pada larangan Fahmi.

“Mak Mah telefonkan Doktor Zarina,ye?”

“Buatlah apa je Mak Mah.Ara dah tak tahan ni.”

Bila Mak Mah membantu memicit kepalanya,Asyura sedikit lega.Mak Mah membantu menyuapkannya bubur ayam yang menjadi sarapan pagi itu.Baru separuh mangkuk,habis diluahkan semula bubur tersebut di atas lantai.Perutnya terasa mual.

Menitis air matanya.Asyura benar-benar rasa tidak berdaya.

“Mak Mah,tolong suruh Pak Mad siapkan kereta.Ara dah tak tahan lagi.Kita pergi klinik teruslah,”ujar Asyura sebaik sahaja Mak Mah selesai membersihkan muntahnya.



Pening di kepala masih berbaki namun itu seakan tidak memberi kesan apa-apa kepada Asyura.Dia tersenyum manis.

“Ara,macam mana?”tanya Mak Mah sebaik sahaja Asyura melangkah masuk ke dalam rumah.Dia segera mendekati Asyura dan majikannya itu dipapah perlahan.Bimbang melihat tubuh yang lemah itu.Bila Asyura ingin duduk di sofa,dia turut membantu.

“Tak ade apa,Mak Mah.Doktor cakap,Ara okey je.”

Asyura tersenyum nipis.Mak Mah nampak hairan.

“Doktor cakap Ara okey?Takkanlah…tadi Mak Mah tengok Ara tak berdaya langsung.”

“Memanglah.Tapi Ara okey je,tak de penyakit apa-apa pun.Mak Mah,tak lama lagi…rumah ni takkan sunyi lagi.Ara dah hamil Mak Mah,doktor kata masuk 5 minggu.”

“Iya?Alhamdulillah…”

Mak Mah tumpang senang melihat wajah Asyura yang bercahaya.

“Kalau macam tu,Mak Mah nak masak yang istimewa untuk makan malam nanti.Ara ada nak makan apa-apa?”

“Malam ni,Mak Mah masakkan nasi Tomato ya?”



Kepulangan Fahmi dinanti.Jam 9 malam.Setengah jam lagi lelaki itu akan sampai ke rumah.Asyura berdebar.Dalam gembira,masih terselit kebimbangan dengan penerimaan suaminya nanti.

“Assalamualaikum.”

Asyura tersentak.Lantas menoleh,lalu dia tersenyum.

“Waalaikumsalam.Fahmi…”

Seketika dia memeluk lelaki itu.Melepaskan rindu seminggunya.

“Sayang sihat?”tanya Fahmi.Kedua-dua belah pipi Asyura dipegang.Bila melihat anggukan isterinya,baru dia lega.

“Ara ada benda nak bagitahu Fahmi,tapi lepas kita makan ya.Hari ni lauk special tau…”



“Apa benda yang Ara nak beritahu tu?”soal Fahmi lalu mendekati Asyura yang sedang bersila di tengah katil.Dia mencapai tangan halus itu.

“Ara nak bagitahu…Fahmi akan jadi ayah tak lama lagi.Doktor kata sekarang dah 5 minggu.”

Tersenyum simpul Asyura selesai dia memberitahu perkara gembira itu kepada Fahmi.Namun riak wajah Fahmi terus berubah.Pegangan tangannya juga terlepas.

“What?Ulang balik?”

“Fahmi akan jadi ayah.”

Lembut tutur Asyura.

“Gurau ape ni,Ara?”tanya Fahmi kasar.Asyura terpinga,terasa dengan nada suara suaminya.

“Mana pulak gurau.Betullah…”

“No,no,no….Fahmi tak percaya.Ara jangan nak bergurau,ya.Tak suka dengan gurauan ni,tak lawak pun.”

Kali ini riak wajah Asyura pula berubah.Senyumannya mati.

“Fahmi,Ara tak berguraulah.Look at me.Serius…dah 5 minggu.Kalau tak percaya,Ara boleh tunjukkan surat doktor...”



Berlinangan air mata Asyura.Dibiarkan sahaja Fahmi mengamuk.Habis bantal dan kusyen sofa dibaling.Asyura cuma tertunduk menangis.

“Fahmi…tolonglah.Janganlah macam ni…”rayu Asyura perlahan.Tangannya memegang kaki Fahmi,memohon agar lelaki itu bertenang.

“Aku dah kata,aku tak suka!Aku tak nak.Kau degil ya!Kenapa kau tak bagitahu aku waktu subur kau?Kau sengaja,kan?”

Fahmi menolak kasar tubuh Asyura.Langsung tiada simpati buat isterinya yang sedang mengandung.

“Ara minta maaf,Fahmi.Sumpah…Ara tak sengaja.”

“Jangan nak pancing simpati aku!Aku nak kau gugurkan dia!”

“Fahmi!Berdosa,kalau kita buat macam tu!Dia tak salah apa-apa!”

“Asyura!Jangan nak melawan.Aku kata gugurkan,gugurkan!”

Tersayat hati Asyura mendengar baris kata yang keluar daripada mulut suaminya.Wajahnya telah lama lencun dengan air mata.

“Fahmi sampai hati nak bunuh anak sendiri?Dah gila ke?Tak…tak,Ara takkan buat!Ara nak tengok dia membesar!”tegas Asyura.Air matanya diseka kasar dengan belakang tangan.Fahmi menyinga.Dia memicit kuat bahu Asyura sehingga gadis itu terjerit kesakitan.

“Kau nak gugurkan atau tak?”

“Tak…”

Meskipun kesakitan,Asyura tetap berkeras.Di hadapannya,bagaikan bukan Fahmi yang dia kenali.

“Kau nak buang dia atau tak?”tanya Fahmi lagi.Merah matanya.Asyura teresak.

“Sakit Fahmi.Lepas…”rintih Asyura lemah.

“Aku tanya kau sekali lagi.Kau nak gugurkan dia atau tak?”

“Ara takkan bunuh anak Ara sendiri!”

Itu tekad Asyura.



Kerana tekadnya itulah,maka sudah lebih 2 bulan Fahmi menghilangkan diri.Setiap hari Asyura berendam air mata memikirkan Fahmi.Memikirkan sikap lelaki itu,keselamatan lelaki itu.

Kalaulah tiada pembantu rumahnya,pasti makan minumnya terabai.Murah sahaja air matanya bila mengenangkan Fahmi.Entah di mana lelaki itu,dia tidak tahu.

“Ara…”tegur Mak Mah suatu hari.Asyura lekas-lekas menyapu air matanya sebelum menoleh.Dia tersenyum tawar.Sekadar melindungi duka di wajahnya.

“Ya Mak Mah?”

“Jom makan nak.Dah nak dekat pukul empat petang,tapi Ara tak makan tengahari lagi.”

“Ara tunggu Fahmi,Mak Mah.Mana tahu kalau-kalau dia tergerak nak balik sini.Ara nak tunggu dia,”ujar Asyura perlahan.

“Kalau macam tu,Mak Mah siapkan makanan dan bawa ke sinilah.Ara kena makan nak,kesian dengan anak dalam perut tu.”

Asyura diam.Merenung jauh ke luar.Bila Mak Mah ingin berlalu,dia memanggil.Matanya berkaca kembali.

“Mak Mah…salah Ara ke anak ni wujud?Fahmi tak nak balik rumah?Salah Ara ke?”tanyanya perlahan.Mak Mah terdiam.Air matanya yang diempang mula pecah mendengar pertanyaan Asyura itu.

“Jangan cakap macam tu,Ara…”pujuk Mak Mah perlahan.Dia mendekati majikannya.

“Fahmi marah bila Ara tak nak dengar cakap dia.Besar sangat ke salah Ara ni?Ara salah ya bila pilih nak pertahankan anak ni?”tanya Asyura lagi.Tiada tangisan yang lahir,cuma matanya sahaja yang berkaca.

“Ara dekat dunia ni,tak ada siapa-siapa lagi.Dulu ada Fahmi,tapi Fahmi dah pergi.Anak ni,Ara tak tahu macam mana nasib dia.Tapi kalau apa-apa jadi pada Ara nanti Mak Mah,Mak Mah tolong tengok-tengokkan anak Ara ni.Kalau Fahmi tak nak dia,kalau Ara pun tak ada,dia dah tak ada sesiapun lagi.Mak Mah tolong ya…”sayu permintaan itu membuatkan Mak Mah menangis manakala Asyura cuma merenung sayu ke luar halaman.



Fahmi melangkah perlahan.Tombol pintu biliknya dipulas perlahan.Bimbang Asyura terjaga dan menyedari kehadirannya.Bila pintu terkuak,Fahmi lega.Isterinya sedang lena di atas katil.Seketika matanya terpandangkan perut isterinya yang sudah nampak.

Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan.Meluat melihat perut yang membusung itu.Menyampah!

Tapi…ah…betapa benci pun dia melihat perut yang membusung itu,hatinya tetap rindu pada Asyura.Tetap rindu untuk menatap wajah isterinya.

Fahmi mendekati Asyura yang lena penuh hati-hati.Kemudian dahi itu dikucup lama sebelum beralih pada kedua-dua belah pipi isterinya pula.Bila puas,dia terus berlalu.Tak mahu Asyura sedar kehadirannya di situ.



Asyura duduk berehat di halaman rumah petang itu.Sesekali dia berasa nyaman apabila bayu petang menyapa wajahnya.Kini dia hanya menghitung hari untuk melahirkan.Menurut jangkaan doktor,dia akan melahirkan dalam masa seminggu lagi.

Teringatkan Fahmi,namun kali ini air matanya tidak lagi mengalir.Dia perlu cekal.Fahmi…entah bila akan berubah,Asyura tidak tahu.Cuma setiap malam,dia berdoa agar Fahmi berubah.

Asyura tersentak ketika terasa perutnya senak.Semakin lama semakin kerap dan ketika dia ingin masuk ke dalam rumah,baju mengandung sebelah bawahnya basah.

“Mak Mah!!”teriak Asyura kuat.Tidak lama kemudian,Mak Mah datang terburu-buru kepadanya.



“Ara dapat anak lelaki.”

Asyura tersenyum.Pucat wajahnya.Letih bertarung nyawa.Bila mendengar tangisan si kecil,benar-benar dia lega.Dia memejamkan mata,ingin lena.

Bila Asyura terjaga,dia sudah dikelilingi dengan ahli keluarga mertuanya.Di kanannya,bapa mertuanya,Tan Sri Fuad sedang berdiri.Di sebelah bapa mertuanya,berdiri pula ibu mertuanya.Puan Sri Mazlin.Mata Asyura meliar lagi.Di hujung kakinya,berdiri dua orang adik iparnya yang masih menuntut di universiti,Fazureen dan Fazlin.Di sebelah kirinya,Mak Mah tersenyum hambar memandangnya dan juga adik iparnya yang bongsu,Fahrin.

Asyura hampa bila Fahmi tidak kelihatan.Pasti lelaki itu benci dengan anak ini,dan mungkin pada dirinya juga.

“Mak Mah,mana Fahmi?Dari sampai tadi saya tak nampak dia?”

Soalan Tan Sri Fuad itu membuatkan Asyura tersentak.

“Tuan Fahmi…”

“Ayah,Fahmi ada kerja,yah.Dia dalam perjalanan ke sini,”pintas Asyura pantas.Tan Sri Fuad diam.Asyura juga diam.Terluka benar hatinya.Setitis air matanya jatuh lagi.



Sayu hatinya.Namun tidak terluah.Bila azan dan iqamat selesai diperdengarkan,Asyura cuma diam.Sebentar tadi,dia berasa gembira bila mendengar si kecil itu menangis.Dapat juga dia melihat zuriatnya menjengah dunia.Namun segala perasaan itu mati bila ternampak wajah tidak ikhlas suaminya.

Malah Fahmi juga menolak untuk mengazankan anaknya.Akhirnya,bapa mertuanya yang mengazankan anak itu.

“Kenapa Fahmi datang?”soal Asyura ketika hanya tinggal dia dan Fahmi di dalam wad tersebut.

“Tak boleh datang ke?”

“Datang kalau nak sakitkan hati Ara,tak payahlah.Baik Fahmi tak payah datang kalau tangan pun tak sudi nak pegang anak Ara ni.”

Memang sejak sampai,Fahmi langsung tidak menjengah anaknya.Memberikan kucupan juga tidak.

Fahmi diam.Tidak mahu membalas.

“Puas ke hati tu bila tengok Ara macam ni?Terbalas dah sakit hati tu?Kalau sakit hati dengan Ara,jangan balas pada Farish.”

“Farish?Ohh…jadi budak tu nama Farish?Hmm…tahu pun.Ara yang nak sangat dia lahir,jadi dia kenalah terima semua ni.Ingat ni,Fahmi takkan sentuh dia sikit pun tau.Esok-esok,kalau dia menyusahkan,ada masalah pasal budak ni,jangan cari Fahmi.Faham?”

Asyura diam.Hakikatnya hatinya hiba.Fahmi…sampai hati tak mahu mengaku anak itu darah daging sendiri?Bila lelaki itu pergi,dia menangis lagi.



Asyura selesai berpantang.Sepanjang berpantang,Mak Mah yang menjaganya.Kadangkala-kala pulang juga Fahmi.Namun sekejap sahaja.Farish,anaknya semakin lincah.Semakin cerdik dan semakin comel.

“Helo sayang…”sapa Asyura ceria kepada Farish di suatu pagi.Farish mengangakan mulutnya.Asyura tersenyum.Lantas botol susu yang sengaja disorokkan daripada pandangan anak kecil itu disuakan pada Farish.

Bila sebotol susu habis diminum,Farish akan disendawakan.Kemudian dia akan membawa Farish bersiar di halaman.Dia suka bila melihat Farish ketawa.

Bila malam,dia akan menemani tidur anaknya.Dia akan menepuk belakang anak kecil itu sehingga lena.Bila dia dibenarkan keluar dari hospital tempoh hari,Mak Mah sudah menyediakan sebuah bilik khas buat anaknya itu.Di situlah,saban malam dia melelapkan mata.

Hari berganti bulan.Farish semakin membesar.Dari merangkak,anaknya itu kini sudah berjalan walaupun masih perlu dipimpin.Namun hubungan Asyura dengan Fahmi masih belum pulih.Meskipun begitu,akaun banknya tetap terisi.Tetap ada wang nafkahnya setiap bulan.Tidak pernah putus semenjak lelaki itu mendapat tahu kehamilannya.Cuma sejak kebelakangan ini,Fahmi sudah tinggal semula bersamanya.

Lelaki itu lebih banyak memencilkan diri daripadanya.Mungkin masa sehariannya dihabiskan bersama Farish,jadi lelaki itu tidak begitu menampakkan diri.Bila malam tiba,Asyura lebih senang menemani tidur anaknya berbanding tidur suaminya.Bukan dia tidak mahu,tetapi sikap Fahmi itu kadang-kala membuatkan hati kecilnya terasa.



“Hei,ni apa ni?”

Suara lantang Fahmi mengejutkan seisi rumah.Mak Mah terkocoh-kocoh ke ruang rehat sebaik sahaja terdengar suara lantang majikannya itu.Manakala Asyura pula yang baru selesai menukar lampin Farish tergesa-gesa menuruni anak tangga.Ingin tahu apa yang menyebabkan suaminya marah.

Di hujung kaki Fahmi terdampar botol susu Farish.

“Kenapa ni?”tanya Asyura perlahan.

“Kenapa lagi?Ni,apa ni?Bersepah!Mak Mah,kemaskan cepat!Saya tak suka rumah bersepah macam ni!”

Tangannya mengunjuk pada tilam,bantal dan robot Farish yang berada di tengah-tengah ruang itu.

Kelam-kabut Mak Mah mengemaskan kembali ruang itu.Bila tangannya ingin mencapai botol susu di hujung kaki Fahmi,Asyura terlebih dahulu mengutipnya.Dia berpandangan dengan Asyura yang langsung tidak tersenyum.

“Mana pulak bersepah?Selain tilam tu,botol susu,robot Farish dengan bantal dia je.Lain tak ada pun,”ujar Asyura perlahan sebaik sahaja Mak Mah berlalu.Fahmi merengus.

“Jangan nak membantah apa yang Fahmi cakap.Lain kali macam ni lagi,Ara dengan budak tu boleh keluar dari rumah ni!”tegas Fahmi.Asyura tersentap.

Belum sempat dia membalas,lelaki itu telah berlalu.Asyura menggenggam erat tangannya,antara geram dan kecewa!





Fahmi mengatur langkahnya.Penat benar dia hari ini,seharian menghabiskan kerja di pejabat.Bila dia pulang,tiada siapa yang menantinya.Dulu,Asyura akan menantinya di muka pintu.Kepulangannya bersambut namun kini,semenjak kehadiran Farish,dia bagaikan diketepikan oleh isterinya.Dia seolah-olah kalah dalam merebut kasih seorang wanita bernama Asyura dengan seorang bayi kecil!

Bila langkahnya tiba di hadapan pintu bilik Farish,dia terhenti.Dari celahan pintu yang tidak tertutup rapat,dia nampak wajah ceria isteri dan anaknya.

Gelak tawa mereka silih berganti.Entah apa yang dimainkan berdua,dia kurang pasti.Namun dia nampak jemari Asyura yang sedang menggeletek kaki si kecil.Bibirnya tersenyum.

Dari celahan itu,dia mencuri pandang wajah Farish.

“Comel,”komen Fahmi sekilas.Selama ini,dia tidak pernah hendak memandang wajah anaknya itu.Dia terhenti sebentar,berkira-kira berapa sudah umur anaknya itu.Sudah hampir setahun rasanya…

Fahmi terus melangkahDi sofa di dalam kamarnya,dia merehatkan diri.Menanti juga Asyura muncul,namun sia-sia sahaja.Mungkin seperti malam-malam lalu,lenanya bersendirian lagi.

Jam tiga pagi.Fahmi terjaga dan terus meraba sebelahnya.Kosong.Pasti Asyura di bilik Farish lagi.Lampu tidur dipetik suisnya.Seketika cahaya kelam menerangi sekitar katilnya.

Dia bangkit dari baringan.Termenung seketika.Entah kenapa,malam itu membuak-buak rindunya pada Asyura.Fahmi bangun dan terus melangkah keluar.Matanya telah segar.Langkahnya diatur ke bilik Farish.

Bila pintu dikuak,benar sangkaannya.Asyura lena di sebelah Farish.Pertama kali dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.Fahmi duduk di birai katil.Perlahan-lahan.

“Ara,”panggil Fahmi perlahan.Tapi tiba-tiba dia menjadi teragak-agak pula.Tiba-tiba dia bimbang kalau Asyura terjaga.

Akhirnya dia berlalu sahaja.



Asyura mengemaskan tudungnya.Kemudian dia mengerling pada Farish yang sibuk bermain.

“Jom anak mama.Kita jalan-jalan ya hari ni?”ujar Asyura seraya mengangkat Farish.Pipi gebu anak kecil itu dicium sepuasnya.Tertawa Farish.Asyura mendukung Farish turun.

“Mak Mah,dah siap ke?”

Bila sampai di tingkat bawah,Asyura mencari pekerjanya itu.

“Ara,Mak Mah tak jadi pergilah.Pening pulak rasa kepala ni.”

Asyura menoleh.Dia diam,kemudian mengukir senyuman.Cadangnya ingin membawa pekerjanya itu keluar berjalan-jalan hari ini.Lagipun dia ingin membeli sedikit keperluan Farish.

“Tak apelah,Mak Mah.Mak Mah rehat jelah.Tapi Ara nak mintak tolong ni.Farish Ara tak jadi nak bawak sekali,sebab Ara nak pergi bank lagi ni.Lepas tu nak cari susu,pampers,bedak dan serba-serbi la dia punya.Ara tinggalkan dia dengan Mak Mah,tolong tengok-tengokkan ya.Ara lama kot,kalau bank tak ramai orang,cepatlah Ara balik.”

“Okey.Nanti Mak Mah tolong.”

Farish bertukar tangan.Bila anaknya dicium,barulah Asyura pergi.Mak Mah membawa Farish ke bilik anak itu dan selepas diberikan susu,Farish ditepuk-tepuk lembut sehinggalah anak kecil itu tidur.

Selesai berkemas,Mak Mah ke biliknya.Kepalanya terasa makin berdenyut.Sakit.Bila dia berbaring,tidak lama kemudian dia terlena.



Fahmi memutar anak kunci.Rumahnya sunyi sahaja.Kereta isterinya juga tiada di halaman.Keluar barangkali.Dia melangkah masuk dan sayup-sayup telinganya menangkap tangisan Farish.Dahinya berkerut kehairanan.

“Ara tak bawak sekali ke budak tu?”

Fahmi menaiki anak tangga satu persatu.Kelibat pembantu rumahnya juga tidak kelihatan.Sibuk di dapur agaknya.Semakin langkahnya mendekati kamarnya,semakin kuat tangisan itu kedengaran.Fahmi jadi tidak sampai hati.Akhirnya pintu bilik Farish dikuak perlahan.

Anak kecil itu sudah terduduk di atas katil.Fahmi mendekati meskipun sedikit teragak-agak.Farish menangis dan tangan kecilnya didepangkan.Minta diangkat.

Fahmi tidak sampai hati.Terus sahaja tubuh kecil itu diangkat dan didukung.Dibawa Farish rapat ke dadanya dan belakang anak kecil itu ditepuk lembut.Kemudian dia mundar-mandir sekeliling bilik itu.Lama sedikit,tangisan anak kecil itu mula reda.

“Good boy!Macam tulah anak papa,”bisik Fahmi sambil tersenyum lebar.Sekilas bibirnya mengucup pipi gebu anaknya.Farish nampak ceria kembali.

“Mama mana?Dia tak bawak Farish ya?Farish tinggal sorang-sorang,patutlah dia nangis.Nek Mah pun tak temankan Farish.Cian dia…”

Sekali lagi pipi itu dicium.

“Papa bawak Farish jalan-jalan ya?Kita pergi beli baju baru.Beli mainan baru…okey,sayang?”

Bila melihat Farish yang tertawa,Fahmi jadi senang hati.Entah kenapa,tiba-tiba sahaja dia menjadi sangat sayang kepada anaknya itu.Didukungnya Farish hati-hati.Agak kekok namun selepas lima minit,dia sudah selesa.

Fahmi terus membawa anaknya keluar tanpa memberitahu sesiapa terlebih dahulu.Kepada Asyura juga tidak dimaklumkan.

Selesai membelikan Farish baju-baju baru,dia memilih permainan pula untuk anaknya.Tidak lekang senyuman dari bibirnya.

Bila dia memakan kek yang dibeli di Restoran Secret Recipe,dia turut menyuapkan anaknya.Walaupun terpaksa mendukung Farish sepanjang membeli-belah,dia tidak kisah.Malah dia selesa dan rasa dekat dengan anak yang telah lama diabaikan itu.



Asyura berlari anak menuruni anak tangga.Dia nampak cemas.

“Mak Mah!Mak Mah!”panggilnya kuat.Langkahnya diatur pantas ke ruang dapur pula.

“Mak Mah!Mana Mak Mah ni?”

Asyura hampir menangis.Kelam-kabut sahaja gelagatnya.Mak Mah yang baru sahaja terjaga daripada tidur itu terus mendapatkan majikannya.

“Mak Mah,Farish mana?”soal Asyura lalu memegang lengan pekerjanya itu.Wajahnya begitu mengharap.Mak Mah yang mulanya masih mamai terus segar.

“Mak Mah tidurkan dia dekat bilik dialah.Kenapa?”

Mendengar itu,Asyura terus terduduk di lantai.Air matanya terus menitis.Melihat itu,Mak Mah terus memegang tubuh Asyura yang lembik.

“Farish tak ada,Mak Mah!Ara dah cari satu rumah…tak ada!”



Asyura memegang kepalanya.Buntu!

“Mak Mah minta maaf,Ara.Mak Mah pening kepala sangat,terlelap.Tapi lepas Ara pergi,Mak Mah tidurkan dia dekat atas dulu.”

Serba-salah Mak Mah mengungkapkan kata.Asyura memandang perkerjanya dengan linangan air mata.Hendak marah pun,tiada guna kerana marahnya tidak akan mengembalikan Farish…

“Ara,tak cuba telefon Tuan Fahmi ke?”tanya Mak Mah.Asyura terus menggeleng.

“Esok-esok, kalau dia menyusahkan,ada masalah pasal budak ni,jangan cari Fahmi.Faham?”

Teringat kata-kata suaminya ketika melawatnya di hospital sewaktu melahirkan Farish.Asyura menggelengkan kepalanya.

“Fahmi takkan nak tolong Ara,Mak Mah.Dulu lagi dia dah cakap dengan Ara jangan cari dia kalau pasal Farish,”beritahu Asyura hiba.



Fahmi memandu masuk ke halaman rumahnya.Bibirnya tersenyum bila mengerling ke arah tempat duduk belakang.Anaknya sudah lena.

“Dah balik,”bisiknya bila melihat kereta Asyura di halaman.Dia membuka pintu dan ketika dia ingin mendukung Farish keluar,terdengar tangisan isterinya.

Fahmi menoleh.Kehairanan apabila melihat Asyura yang sedang menangis di muka pintu.

“Ara…?”

Tanpa kata,Asyura berlari mendapatkan Fahmi.Tubuh suaminya dipeluk erat.Menangis semahu-mahunya.

“Asyura…kenapa ni?”

“Farish…Farish…”

Fahmi mengerutkan dahi.Dia merungkaikan pelukan lalu kedua-dulah tangannya memegang kedua-dua belah pipi Asyura.Menatap mata bundar yang basah itu.

“Farish hilang,Fahmi.Ara tak tahu kat siapa lagi nak mintak tolong.Ara tak kisah Fahmi nak marah ke apa,tapi tolonglah.Tolonglah dapatkan Farish balik…”rayu Asyura.Fahmi tersenyum nipis.

“Farish okey…dia tak ada apa-apa.Fahmi mintak maaf ye tak bagitahu Ara dulu.Fahmi bawak dia keluar.Tu,dah tertidur dalam kereta tu.”

Lega!Terus Asyura mendapatkan anaknya.Dicium berkali-kali sampai Farish terjaga.Namun dia terhenti bila terperasan sesuatu.Fahmi membawa Farish keluar?

Asyura menjengah sedikit apabila Fahmi membuka but kereta.Mengambil beberapa beg plastik.

“Fahmi belikan dia baju baru.Mainan baru.Good boy,tak meragam pun bila keluar dengan Fahmi.”

Fahmi tersenyum ceria.Dia mendekati Farish yang berada dalam dukungan Asyura.

“Anak papa ni baik betul.Lepas ni,Farish pakai baju yang papa beli ni,okey?”

Asyura yang mendengar tersentak.Tapi hatinya kembang berbunga.Senang mendengar Fahmi membahasakan diri.Akhirnya,sudi juga Fahmi mengaku Farish anaknya dan menyentuh tubuh kecil itu.Tanpa sedar,dia menangis kegembiraan.

“Ara,kenapa nangis pulak ni?”

“Sebab Ara rasa gembira dan bersyukur sangat.”

“Kenapa?”

“Sebab Farish dah dapat ayah dia balik.Ara pun dah dapat suami Ara balik.”

Fahmi terdiam namun akhirnya dia tersenyum.Kemudian air mata Asyura disapu lembut dengan jarinya.

“Tapi Fahmi lagi gembira sebab dah jumpa kebahagiaan yang selama ni Fahmi buang.”

Lalu kedua-duanya dipeluk erat.Penuh rasa bahagia.Mak Mah yang berdiri di muka pintu turut menangis kegembiraan.

Anak anugerah Tuhan.Umpama sehelai kain putih,ibu bapalah yang mencorakkan.Anak,jika dididik dengan betul dan sempurna,maka itulah aset paling berharga.

Jumaat, 20 Februari 2009

JATUH CINTA LAGI

Sunyi.Aku melangkah masuk,memberanikan diri.Kereta Fariz sudah terparkir di halaman.Dalam kegelapan malam dibantu dengan cahaya daripada lampu jalan,aku melirik ke arah jam di tangan.Jam tangan Aries Gold pemberian Fariz sempena hari ulangtahun kelahiranku tahun lepas sudah menunjukkan pukul 2 pagi.
Mungkin Fariz sudah lama terlena.Aku tersenyum sendiri,mudahlah aku.Tidak perlu bersoal-jawab dengannya ke mana aku sepanjang hari.
Dibantu dengan cahaya daripada telefon bimbitku,aku mencari kunci rumah.Menyeluk anak kunci ke dalam lubangnya dan kuputar penuh hati-hati.Bimbang Fariz terjaga.Kemudian aku melangkah ke dalam rumah.Gelap.Ruang tamu begitu gelap lalu aku memetik suis.Sekelipan cahaya lampu menerangi seluruh ruang itu.
“Dah pukul berapa ni,Nadia?Baru balik?”
Suara garau itu membuatkan aku yang baru hendak mengunci semula pintu terhenti.Dadaku berdebar.Aku menoleh,Fariz memandangku tajam.Lama,aku sendiri tidak sedar bila dia di situ.
“Emm..baru pukul dua.Kenapa?”
Pura-pura menyoal.Berlakon selamba,sedangkan hatiku sudah tidak keruan.Aku kaku di situ bila Fariz mula melangkah ke arahku.Mata kami beradu.Aku dengan pandangan penuh angkuh dan berlagak biasa.Sedangkan Fariz,suamiku dengan pandangan yang berapi.Aku tahu dia marah.Aku cuba melangkah,ingin ke bilik tetapi lenganku dicapai.
“Sampai bila awak nak macam ni?Saya ni ape,Nadia?Awak buat saya macam tunggul.Awak ke mana sepanjang hari tadi?”
Lembut pertanyaan itu.Aku tahu dia tidak akan berkasar denganku.Aku tahu Fariz itu seorang penyayang.
“Saya ke mana…awak tak payahlah ambik tahu!Kita buat hal masing-masing dahlah!”balasku kasar.Aku merengus dan cuba menarik lenganku yang dipegangnya.
Dia diam.
“Jangan buat saya naik angin,awak.Saya tak nak marah awak pagi-pagi buta ni.Kan saya dah pesan jangan pulang lewat lagi,kan saya dah pesan pada awak mak nak datang hari ni.Kenapa awak langsung tak bertolak-ansur?Awak tak fikir ke apa tanggapan mak kalau awak balik lewat sampai waktu begini?”
Aku menjelingnya.Mencebik geram.Ingin juga tergelak sinis bila dia seperti terlalu berlembut denganku.Macam seorang yang dayus pula…
“Fariz,listen.Saya tak kisah apa yang awak nak buat,and please…awak pun janganlah sibukkan diri tentang hal saya.Itukan mak awak,awaklah yang layan.Hmm…okey?”
Aku lihat wajah Fariz sudah mula memerah.Aku juga nampak dia mula mengangkat tangan kanannya.
“Hmm…nak tampar saya ke?Tamparlah!Awak ingat saya takut ke?”
Aku tersenyum sinis.Wajahnya semakin merah.Aku sengaja ingin menyakiti hati Fariz.
“Awak jangan melampau sangat.Saya ni manusia,kadang-kadang saya tak boleh kawal jugak marah saya ni.”
Masih lembut nadanya.
“Fariz,awak ni penakut jugak ye?Takut nak tampar saya?Kenapa,awak takut kena pecat dengan papa?”
Fariz,orang kepercayaan papaku,Dato’ Nazari.Fariz bekerja sepejabat dengan papa,sedangkan aku sekadar bekerja di anak syarikat sahaja.
Pap!!
Aku terdiam.Senyuman tadi serta-merta mati.Pipiku terasa perit.Tak sangka,Fariz benar-benar menamparku.Ingin menangis,tapi…..
“Nadia...saya…”
Namaku dipanggil lembut.Jelas riak bersalah di wajahnya.Dia cuba memelukku namun segera kutepis.Aku tersenyum walaupun hambar.
“Tanggapan saya salah.Ingatkan penakut.Tahniah.”
Fariz terdiam.Mungkin tidak sangka aku akan berkata sedemikian.
“Nadia…kenapa macam ni?Saya makin tak faham dengan awak.Awak dah berubah…Saya rasa makin tak kenal dengan Nadia depan saya ni.”
Dia bersuara sayu.Aku tersenyum sinis.Tanpa sedar,air mata ini menitis juga.Senyumanku berlalu.
“Saya berubah sebab awak Fariz.Awak yang tak pernah faham dengan saya.Awak langsung tak cuba nak memahami saya.Awak tahu ke selama ni saya sunyi?Awak tahu ke?”
Makin galak air mata ini mengalir.Sayu mengenangkan aku yang kerap ditinggalkan kerana kerja.Kerja!Kerja!
“Nadia…”
“Stop!Biar saya yang cakap.Fariz,awak tahu ke selama ni saya sunyi?Saya balik dari pejabat,sampai malam pun awak tak balik-balik lagi.Saya dah tidur,baru awak balik.Saya bangun pagi,awak dah pergi.Saya sunyi tau tak?Awak faham ke?
Bila saya keluar rumah,awak marah saya.Awak,saya cuma cari sedikit hiburan je dekat luar tu.Selama ni saya sabar,saya cuba faham yang awak tu kepercayaan papa.Aset syarikat.Tapi Fariz,makin saya cuba faham awak,makin sakit hati saya.Dari kita kahwin,sampai sekarang.Awak tak pernah pun cuba untuk berubah.Awak tak sedar,kan?Awak pentingkan kerja daripada saya?”
Memanglah itu hakikatnya.Baru 3 hari aku keluar dan pulang lewat ke rumah.Aku penat menunggu Fariz pulang dari pejabat lagi.Setahun mahligai ini kami bina,tapi…
“Nadia,saya bekerja keras selama ni untuk masa depan kita,awak.Masa depan kita,masa depan anak-anak kita nanti.Awak cubalah faham.”
“Ya…memang saya faham.Sangat faham,Fariz.Kenapa awak kisah sangat nak bekerja keras?Lambat-laun,awak tahu tak,papa akan lantik awak jadi pengurus jugak.Lambat-laun syarikat tu akan dapat dekat awak jugak.Apa yang awak kisah sangat?”
“Nadia…awak tak faham,Nadia.”
“Apa yang saya tak faham?Awak jelaskanlah,kalau saya tak faham.”
“Saya ni cuma menantu je,Nadia.Lainlah awak,awak anaknya.”
“Dahlah Fariz,saya tak nak dengar apa-apa lagi.Suka hati awaklah.Tapi…saya rasa tak boleh hidup lagi dengan awak.Saya tak boleh tahan lagi dengan kegilaan awak pada kerja tu.Saya tak boleh tahan lagi.”
Fariz terkejut.Tubuhku digoncang keras.
“Apa yang awak cakap ni?Jangan nak merepek yang bukan-bukan!”
Barulah kali ini dia menengkingku.
“Lepaskan saya,Fariz.Ceraikan saya,bebaskan saya.Saya tak mahu jadi isteri awak lagi,awak kahwinlah dengan kerja awak tu!”
“Nadia!”
“Tolonglah Fariz…saya tak boleh tahan lagi.Awak ceraikan jelah saya.”
Air mata ini tak henti mengalir.Bila aku pandang wajah Fariz,matanya merah.Malah kolam matanya juga berair.
“Awak tak cintakan saya lagi ke,Nadia?Awak lupa ke janji awak dulu yang nak hidup dengan saya selamanya?Awak lupa ke awak kata anak-anak saya cuma awak je yang boleh lahirkan?Awak lupa ke,Nadia?”
Saat itu aku lihat Fariz menangis.Aku terdiam.Tersentuh hati ini kerana itulah aku kali pertama aku lihat Fariz menangis.Tapi aku sudah tidak dapat bertahan lagi.Aku tabahkan hati,menegakkan semula tembok keegoan.
“Saya dah lupa semua tu,Fariz!Saya dah lupa!Jadi,awak lepaskanlah saya.Saya tak nak jadi isteri awak lagi.”
Aku berbohong demi untuk membebaskan diri daripada Fariz.
“Kalau itulah yang awak nak.Saya sayangkan awak,tapi apa nak buat.Awak dah benci saya.Baiklah…”
Tiba-tiba dia memelukku erat,seakan tidak mahu dilepaskan.Terlalu kejap sehingga aku sesak sendiri.Bila pelukannya terlerai,dahiku dikucup penuh syhadu.Dia menangis lagi.
“Berat hati saya nak lepaskan awak.Tapi…ah,sudahlah.Nadia,saya ceraikan awak dengan talak satu.”
“Fariz!!”
Kami berdua menoleh serentak.Aku tersentak,Fariz terkejut.Kami sama-sama tergamam.Di anak tangga,berdiri ibu Fariz dengan air mata yang galak mengalir.Bekas ibu mertuaku.
“Apa yang kau buat ni,nak?Tak boleh bersabar ke,Fariz?Senangnya kau lafazkan cerai.Fariz,mak cakap dengan kau ni,nak!”
Ibu Fariz mendekati kami.Tanpa kuduga,tangan tua itu menampar pipi bekas suamiku.Aku tergamam.Fariz pula diam.
Aku serba-salah.Aku tunduk,menyentuh kaki bekas ibu mertuaku.
“Mak,ampunkan Nadia.Nadia pergi dulu mak.”
Aku ingin berlalu.Tapi kata-kata Fariz mematikan langkahku.
“Saya yang akan keluar dari rumah ni.”
Aku menoleh dan kemudian menggeleng.
“Rumah ni dah saya tukarkan nama atas nama awak minggu lepas.Rumah ni rumah awak.Saya yang patut keluar.Saya pergi dulu.Halalkan semua yang saya dapat daripada awak,Fariz.”
Aku berlalu.Kunci kereta kucari dalam tas tangan.Hampir pukul 3 pagi.Aku sudah menjanda.Air mata ini masih mengalir.Perlahan-lahan aku membuka pintu kereta.Dan di dalam kereta aku menoleh ke arah pintu rumah,Fariz di situ.Dengan air mata yang masih mengalir dan pandangan matanya memberitahuku dia masih mengharap.
Aku melepaskan nafas perlahan.Enjin kereta kuhidupkan dan aku ingin segera berlalu.Sepatutnya aku puas kerana kini aku bukan lagi isterinya,tapi entah kenapa hati ini terasa sayu.Sebetulnya,cinta kepadanya telah lama hilang dari hati ini.

Aku bersandar di sofa.Selamba sedangkan aku tahu papa dan mama masih tidak berpuas hati.Sejak tahu aku dan Fariz sudah bercerai,mama asyik membebelkan aku.
“Sudahlah tu mamanya,dah tak ada jodoh agaknya,”pujuk papa.Tapi mama nampaknya masih tidak berpuas hati.
“Papa,papa manjakanlah si Nadia ni!Mama tak puas hati,mesti dia yang mintak cerai ni.Kamu Nadia,nak jadi ape ni?Dulu beria-ia nakkan si Fariz tu.Baru setahun,dah bercerai.Kamu ni kenapa?Fariz tukan budak baik,kamu tak fikir ke Nadia?Ingat senang ye?Tuhan tak suka,tahu!Hidup menjanda ni susah!Masyarakat pandang serong pada kamu nanti,Nadia!”
Aku mengeluh bosan.Sudah tiga hari aku disahkan bercerai dengan Fariz,dan mama masih tidak puas hati lagi.
“Mama..mama dahlah.Kesianlah dengan anak kita ni,mama.”
Papalah pembelaku.


“Nadia,mama nak kamu rujuk balik dengan Fariz.”
Kata-kata mama membuatkan aku bangun dari sandaran.
“Mama!Dahlah mama,betul apa yang papa cakap tu.Nadia dah tak ade jodoh dengan Fariz.Lagipun dia tu workaholic!Nadia tak boleh tahan,mama.”
Kali ini aku bersuara pula.
“Dahlah,mama.Nadia sakit kepala.Semua dah lepas mama,apalagi nak kecoh-kecoh.Lagipun memang Nadia yang mintak cerai dengan dia,takkan Nadia pulak yang nak mintak rujuk.”
Aku bangun dan terus melangkah ke bilik.
“Budak ni!Nadia,mama belum habis cakap lagi!”
“Sudahlah mamanya…”
Suara papa dan mama silih berganti.Aku mengeluh dan terus melangkah.

Hampir dua minggu aku di rumah papa.Sesekali ada juga aku terserempak dengan Fariz jika aku ke pejabat papa.Namun kami saling tidak bertegur sapa.Di kalangan staf-staf di pejabatku mahupun di pejabat papa,masing-masing sudah tahu antara aku dan Fariz tiada apa-apa lagi.
Pukul 2 petang,aku sudah pulang ke rumah.Patutnya aku keluar hanya untuk makan tengahari sahaja.
“Nadia?Dah nak dekat pukul tiga ni,tak balik pejabat semula ke?”tegur mama.Aku menggeleng.
“Tak.Malaslah mama,lagipun Nadia rasa penat pulak.”
Selepas itu aku masuk ke bilik.Mengurungkan diri di dalam bilik sehinggalah hari menjelang malam.Bila pembantu rumah memanggilku untuk makan malam,barulah aku keluar.
Nasib baik aku tidak sepejabat dengan papa.Kalau tidak…sah-sah aku kena berleter juga kerana ikut suka aku sahaja ingin masuk ke pejabat jam berapa dan keluar ikut suka juga.
Di meja makan,aku sepi.Makan sahaja.Papa dan mama sahaja yang rancak berbual.Bila aku selesai makan dan meminta izin untuk berlalu,papa meminta aku untuk menunggunya di ruang tamu.Katanya ada perkara yang ingin diperkatakan denganku.
Lima belas minit menunggu,papa sudah mengambil tempat di sebelahku.Di tangannya ada sekeping kertas A4 yang bercetak.Entah surat apalah tu…
“Apa dia,papa?”tanyaku tidak sabar.
“Pasal Fariz.”
Mendengar nama itu,aku terus bangun.Ingin berlalu.Tak mahu mendengar apa-apa pasal bekas suamiku itu.
“Nanti dulu Nadia.Dengar dulu.Duduk.”
Bicara papa lembut.Aku menurut.
“Kertas apa yang papa pegang tu?”tanyaku setelah aku duduk semula.
“Surat perletakan jawatan Fariz.Ini yang papa nak bagitahu pada Nadia.Fariz dah letak jawatan.”
Aku terdiam.Fariz melepaskan jawatannya?Setelah bertahun-tahun dia bekerja keras dan setelah diberikan tempat yang kukuh dan stabil,dia rela melepaskan?Aku pegang kepala.Tak faham dengan tindakan Fariz itu.
“Papa rasa ia ada kaitan dengan perpisahan kamu berdua.Nadia tolong papa,demi syarikat kita.Papa mintak Nadia tolong pujuk Fariz.”
Aku menarik nafas.Hatiku juga kuat mengatakan penceraian kami yang membuatkan Fariz bertindak sedemikian.Aku pandang wajah mengharap papa.Ketika itu juga mama muncul dari ruang dapur.
“No,papa.Nadia mintak maaf.Papa pujuklah dia sendiri.Nadia tak boleh,maaf papa.Nadia minta izin,Nadia nak masuk bilik dulu.”
Aku bangun.Papa juga bangun.Mama pula terpinga-pinga.
“Nadia,tolonglah papa.Fariz aset syarikat.Nadia,kan tahu…semua projek besar yang kita dapat tu,semuanya atas usaha Fariz.Nadia tolonglah papa…”
Aku diam.Kemudian aku menoleh pada papa.
“Kalau orang itu bukan Fariz,mesti Nadia akan ikut cakap papa…”
Dengan kata-kata itu,aku terus berlalu.Ya,kalau orang lain,tentu aku akan pujuk.Tapi bukan Fariz.

Pintu yang tertutup rapi aku tolak kasar.Aku tak peduli pada mata yang memandang di luar sana.Aku memeluk tubuh sementara dia pula terkejut melihat aku di situ.
“Before you leave,terangkan pada saya.Kenapa awak buat semua ni?”
Fariz berhenti mengemas.Dia tersenyum kepadaku.
“Nadia…lamanya tak jumpa awak.Apa khabar?”
“Okey,sihat…bahagia.Fariz,tolonglah jelaskan pada saya.Kenapa awak ambik keputusan ni?Awak dah gila ke?”
Kemudian aku menoleh pada pintu yang sudah tertutup rapat namun masih tidak berkunci.Lalu aku bergerak dan terus mengunci pintu itu.Tirai ditarik,meghalang pandangan mereka yang diluar sana.
“Yup..memang saya dah gila.Buat apa saya kat sini lagi?Buat apa jawatan ni semua,awak bukan saya punya lagi.”
Dia bersuara perlahan.Aku mengetap bibir.Benarlah telahanku.Semalam,aku berkeras tak mahu memujuknya,tetapi demi papa aku tolak tepi egoku.
Dia selamba sahaja kembali mengemas.Ikutkan hati yang geram,mahu sahaja aku bongkarkan semula apa yang sudah dia masukkan ke dalam kotak itu.
“Fariz,tolonglah…saya mintak awak bersikap professional.Awak dah bersusah-payah untuk kedudukan ni,kenapa awak lepaskan macam tu je?”
“Sebab awak Nadia.Saya tak kisah bersusah untuk semua ni.Dahlah…semua pun dah berlalu.Dato’ pun dah terima surat saya tu.”
Dato’?Dia bahasakan diri papa Dato’?Aku kelu.
“Saya tak izinkan awak pergi.Saya nak awak terus bekerja di sini.”
Dia tersenyum tawar. “Tak ada gunanya,you’re not my boss.”
Aku menjeling geram.Mataku tiba-tiba tertancap pada sebuah bingkai gambar.Gambarku sedang tersenyum ceria.Tanpa mempedulikan Fariz,aku terus mencapai gambar itu.
Ketika aku menoleh kepadanya,dia memandangku.Pandangannya begitu redup.
“Jangan ambik gambar tu Nadia.Awak boleh ambik apa je yang ada dalam pejabat ni,tapi bukan gambar tu.Please…”
“This is my pic…”jawabku keras.Tak faham kenapa dia tidak membenarkan aku mengambil gambarku sendiri.
“Betul tu gambar awak.Gambar tulah yang buatkan saya bersemangat untuk bekerja.Izinkan saya untuk bawak bersama gambar tu…kalau tak,mungkin saya juga tak bersemangat untuk hidup.”
Aku terdiam.Bahasanya tetap lembut seperti selalu.Hati yang keras mula cair.
“Saya pergi dulu Nadia.Nanti sampaikan salam saya pada Dato’ dan Datin.”
Aku angguk.Nampaknya aku tidak berjaya memujuknya.Aku menghampakan harapan papa.Bingkai gambar itu kupegang erat.
Aku menoleh apabila Fariz masih belum berlalu.
“Apa yang awak tunggu?”tanyaku perlahan bila matanya tidak lepas memandangku.
“Kalau awak izinkan,saya nak bawa bersama gambar tu.”
Lantas aku menghulurkan bingkai gambar itu kepadanya.Dia tersenyum puas.Kemudian pintu dibuka.
“Jaga diri.Moga awak jumpa lelaki yang baik untuk awak,bukan macam saya.”
Aku diam bila Fariz mula menapak keluar.Dan saat itulah air mataku jatuh lagi.

8 bulan sudah berlalu.Tempoh eddahku juga telah selesai.Entahlah,kalau dulu kebebasan beginilah yang amat aku harapkan ketika aku masih bergelar isteri kepada Fariz.Tapi sekarang…tiada apa-apa pun yang berubah.Sama sahaja malah aku masih juga terasa sunyi.
Aku ingin bercuti.Merehatkan minda.Mujurlah mama sudah penat menyuruhku rujuk semula pada Fariz sepanjang tempoh eddahku.Bila eddahku sudah berlalu,mulut mama pun tidak berbunyi lagi.
“Papa,Nadia nak pergi bercuti.Papa ada cadangan tempat yang menarik tak?”
Suatu hari aku bertanya papa.
“Ha…good question.Nadia,kebetulan Nadia nak pergi bercuti ni,papa nak minta Nadia gantikan tempat Rizman pergi seminar.Dekat Langkawi…sambil pergi seminar,bolehlah bercuti sekali.”
Aku mengerutkan.Aduhh…seminar?Bosann…
“Ala papa…seminar?Tak ada orang lain?Rizman pergi mana?”
“Dia dah ke Brunei.Tak lama Nadia…dalam dua minggu je.Kalau lepas seminar tu tamat,Nadia nak sambung bercuti pun papa akan bagi.Bolehkan?”
Akhirnya aku mengangguk setuju.

Bilik 122.Aku memutar anak kunci lalu tombol pintu kupulas.Aku senang di sini.Mulanya aku fikir seminar itu akan diadakan di hotel,tetapi sebaliknya di sebuah resort.
Aku melangkah masuk.Beg baju kubiarkan di tepi pintu.Luas dan menyenangkan.Esok pagi,jam 9…aku harus menghadiri seminar.
Hari ini aku ingin melelapkan mata sahaja.Mengantuk…

Ketika aku menikmati angin malam di tepi pantai malam itu,aku terkenangkan seseorang.Fariz!Ahh…entah di manalah agaknya lelaki itu.Setelah meletakkan jawatannya,aku tidak tahu di mana dia bekerja.
Sudah dapat penggantiku kah?Ermm…aku tiada jawapan untuk itu.
Dua minggu berlalu,selesai akhirnya seminar yang bagiku membosankan.Kukira ingin menyambung cutiku lagi.Mungkin 6 hari lagi baru aku pulang.
Semua rakan-rakan yang menghadiri seminar itu sudah pun pulang semula ke Kuala Lumpur.Tinggal aku sahaja rasanya.Malam itu,aku terasa ingin ke tepi pantai.Setidak-tidaknya ingin bermain di gigi air.
Bersiap ala kadar lalu aku terus menapak ke pantai yang hanya kira-kira 300 meter sahaja dari resort.Damai…sejuk terasa.Aku tersenyum ceria.Tiada orang di pantai,jadi bolehlah aku bergelak-ketawa sesuka hati.
Selipar kutanggalkan.Aku berlari ke gigi air,bermain di situ.Aku benar-benar merasa tenang.Lama aku di situ,lebih setengah jam kukira.
Sedang asyik aku bermain,tiba-tiba aku perasan aku dikepung oleh sekumpulan lelaki.Tawaku mati digantikan dengan tawa mereka berlima.Aku jadi takut dan mudah sahaja aku mengalirkan air mata.Seluruh tubuhku menggigil,melawan antara ketakutan dan kesejukan.
“Hei adik manis…sorang-sorang je?Kami boleh temankan…”
“Betul tu.Kami tak kisah…”
Aku menggeleng ketakutan.Aku tak berupaya hendak menjerit apabila tubuhku disambar mereka.Aku dibawa ke sebalik batu besar yang ada di situ.Ketika itu aku hanya mampu berserah sahaja.
Aku memejam mata.Benar-benar ketakutan.Tubuhku sakit dihempaskan ke tanah tadi.Seorang demi seorang menyepak tubuhku.Kemudian bajuku di bahagian bahu dan dada ditarik mereka sehingga terkoyak.Semuanya tergelak besar.Hendak menjerit pun,aku tidak berdaya.
“Hoi!Apa yang korang buat tu?!”
Mata yang terpejam terus kubuka.Suara itu bagaikan pernah aku dengar.Bila aku membuka mata,kelima-lima lelaki tadi sudah terbaring kesakitan.Ada yang bibir berdarah.
“Wei,jom cabut!Cabut cepat,sebelum dia panggil polis!”
Sekelipan,mereka berlima berlari meninggalkanku.Aku nampak seorang lelaki bertubuh sasa cuba mengejar mereka,namun dia gagal.Kemudian,kabur sahaja pandanganku melihat dia berlari semula kepadaku.
“Nadia…awak okey tak?Diaorang dah buat apa pada awak?”
Lembut pertanyaan itu.Aku terkejut.Fariz!Aku ingin bangun,namun seluruh tubuhku sakit akibat disepak dan dihempas tadi.Wajah Fariz yang cemas menyapa pandanganku.
“Far..riz…”
Aku menangis.Fariz mendekatkan mukanya dengan wajahku.Dia tersenyum dan ketika itu aku rasa tubuhku dicempung penuh berhati-hati.Aku dibawa ke biliknya.Di situ dia membaringkan aku di atas katilnya.Bajuku yang terkoyak tadi dilindungi dengan baju sejuk yang dipakainya.
Aku ingin bertanya kepadanya.Namun kudratku tiada.Air mataku menitis.
“Awak rehat ya.Awak jangan nangis lagi Nadia…saya ada kat sini.Saya akan lindungi awak.”
Dia tersenyum.Air mataku dikesatnya.Aku ingin bertanya kenapa dia ada di sini,di pulau lagenda ini?Terlalu banyak yang ingin aku tahu tentangnya…
“Awak rehat dulu.Kalau ada apa-apa,awak panggil saya,ya?”
Aku hanya mengangguk.Kemudian aku melihat tubuhnya berlalu.Aku melepaskan nafas perlahan.Nasib aku baik kerana Fariz kebetulan ada di situ,kalau dia tiada…tentu aku menjadi santapan nafsu lelaki berlima itu.
Dua hari kemudian,aku sudah sihat.Aku kini menginap di bilik Fariz,manakala dia pula menginap di bilikku.Setiap kali waktu makan,dia akan membawakan aku hidangan.Kemudian kami akan berdua makan bersama.Ketika tubuhku masih sakit,dia yang menyuapkanku.
“Nadia…jom,saya dah bawakkan awak makanan ni.Jom makan.”
Dia bersila di sebelahku,di atas katil.Aku cuba bersandar di kepala katil.Sakit,kerana hampir seluruh tubuhku lebam dikerjakan lelaki-lelaki durjana itu.Setiap kali berdua di situ,dia tidak pernah mengunci pintu bilik.Tingkap dibuka seluas-luasnya dan pintu juga.Mungkin tidak mahu menimbulkan syak orang lain.Maklumlah…kami bukan suami isteri seperti dulu.
“Saya suapkan awak,ya?”
Aku tidak memberi jawapan.Kubiarkan sahaja Fariz memegang sudu yang berisi nasi itu.Wajahnya yang tampan dan menyenangkan mata memandang itu kutatap lama.Air mataku menitis.Kenapalah aku sewaktu menjadi isterinya tidak pernah nampak kebaikannya?Tidak pernah terlihat keistimewaannya?
Terasa cintaku yang dulu pernah kurasakan tinggal sisa untukknya kembali mekar dan mengharum.Ya,aku sudah jatuh cinta kali kedua kepada bekas suamiku.
“Nadia?Nadia…kenapa awak menangis ni?”tanyanya lembut.Bila mendengar suaranya yang lembut yang dahulunya selalu aku balas dengan kata-kata kasar dan menyakitkan membuatkan aku menangis lagi.Sudu berisi nasi itu Fariz letakkan dan air mataku terus disapu dengan jarinya.
“Sudahlah tu…awak asyik menangis je.Awak buat saya risau.Kita makan dulu ya?”
Aku angguk.Fariz…dia terlalu baik,sedangkan aku dulu selalu menyakiti hatinya.
Fariz…layakkah saya jatuh cinta sekali lagi pada awak?Tapi soalan itu Cuma bergema dalam hatiku sahaja.

Hari ini,aku pulang semula ke Kuala Lumpur bersama Fariz.Mulanya dia ingin menghantar aku terus ke rumah papa,namun aku menolak.Aku malu kalau kelihatan oleh mama.Pasti aku akan dileteri lagi.
Aku puas.Semua soalanku dijawab d engan senang hati olehnya.Dia kini bekerja di Perkasa Holdings.Katanya hanya berpangkat kecil sahaja.Dia masih tinggal di rumah lama kami.Cuma soalanku apakah dia sudah berpunya,tiada jawapan yang kuterima.
Dia diam sahaja.Bila dia memberhentikan aku di pejabat,dia cuma tersenyum padaku.
“Nadia…saya dah nak kahwin tak lama lagi.Awak jangan lupa datang ye.Saya nak awak memeriahkan majlis saya.Awak mesti datang tau.”
Wajahnya begitu ceria,malah begitu mengharap.Aku sudah terdiam,tidak berdaya untuk berkata apa-apa lagi.Cuma senyuman terpaksa yang boleh kuukirkan.
Sebaik sahaja Fariz memandu pergi,air mata ini tidak dapat ditahan-tahan lagi.Aku benar-benar rasa ditolak!
Bila aku pulang sahaja ke rumah,sapaan papa pun tidak kuhiraukan.Aku terus berkurung di dalam bilik,menangis sepuas-puasnya.Bodohnya terasa diri ini.Dulu,tika dia berada di depan mataku,langsung aku tidak menghargainya.Kini bila dia sudah pergi,barulah aku terasa kecewa.
Ah..Farizzz!!!
Aku menangis sampai tertidur.Bila aku bangun,papa di sebelahku.Pandang sahaja wajah papa,tubuh sedikit gempal itu kupeluk erat.Aku menangis lagi…kali ini dalam dakapan papa.
“Nadia…Nadia sayang…jangan menangis lagi.Cuba ceritakan pada papa,kenapa.”
Aku cuma menggeleng.Aku terus menangis.Papa mengusap belakangku.
“Papa kenapa macam ni papa?Kenapa dulu Nadia bodoh sangat tak hargai dia?Kenapa,papa?”
Aku masih menangis.
“Syyhhh…Nadia,tak elok cakap macam tu.Siapa kata Nadia bodoh?Anak papa nikan bijak orangnya.Kenapa ni…cerita betul-betul pada papa. Papa tak faham,sayang…”
Lembut suara papa mengingatkan aku pada Fariz.
“Fariz papa…Fariz…”
“Kenapa dengan dia?”
Aku diam.Aku menangis sampai tersedu-sedu.
“Nadia…?”
“Dia dah nak kahwin,papa.Dia dah ada pengganti Nadia.Kenapa dia buat Nadia macam ni?Nadia bencii…”
Aku mengeratkan pelukanku.
“Nadia…”
Mungkin papa tidak menggemari kata-kataku.
“Nadia benci diri Nadia!Kenapa Nadia bodoh,buta sangat dulu,papa?Kenapa Nadia hanya nampak silap dia je dulu?Kenapa…”
“Jangan macam ni,sayang.Anak papakan kuat…jangan mengalah macam ni,Nadia.Pasal Fariz,sayang jangan risau.Papa akan dapatkan yang terbaik untuk Nadia.”
Aku menggeleng tidak percaya.
“Dia dah dapat pengganti Nadia.Biarlah papa..lama-lama nanti Nadia boleh terima ni jugak.Tak payahlah papa pergi merayu pada dia.Nadia tak mahu jadi penghalang antara dia dengan bakal isteri dia.Nadia tak sanggup nak berkongsi kasih,papa…”
Dalam kecewa begini,aku tahu aku masih lagi ego.Aku tak mahu papa datang merayu pada Fariz supaya menerimaku semula.Aku tak mungkin akan berkongsi kasih.Tak mungkin…
“Nadia…sudahlah tu.Kalau Nadia tak mahu begitu,Nadia mesti kuat.Nadia jangan mengalah macam ni,sayang.”
“Nadia janji pa,kalaulah Fariz kembali pada Nadia semula,Nadia takkan tinggalkan dia sampai Nadia mati.Nadia takkan benarkan orang lain rampas Fariz Nadia…”
Aku menangis lagi.
“Sudahlah tu,sayang.Kan semua dah berlalu?”
Aku diam.Menyeka air mata.
“Terima kasih papa…sebab sudi dengar perasaan Nadia ni…”

Dua hari sudah aku pulang dari pulau lagenda.Aku lebih banyak termenung,menyesali perbuatanku pada Fariz.Petang itu,aku duduk di meja batu di halaman.Menikmati minum petang.
“Nadia…”
Aku menoleh.Terus bibirku mengukir senyuman buat papa dan mama.
“Duduklah,papa,mama.”
“Mama dengan papa ni ada benda nak cakap dengan Nadia.”
Mama memulakan mukadimah.Kaswi di tangan segera kuhabiskan dan kali ini tumpuan kuberikan sepenuhnya tentang apa yang ingin diperkatakan oleh papa dan mama.
“Apanya?”
Mama diam.Papa juga.Aku semakin tidak mengerti.
“Awak cakaplah mamanya…”suruh papa.
“La…nak cakap apa ni?”
Aku menggaru kepala.Pelik melihat papa dan mama yang saling tak ubah seperti orang bermain tarik tali.
“Mmm…Nadia.Macam ni.Minggu lepas,masa Nadia di Langkawi,ada orang datang meminang.Papa dengan mama dah terima pinangan tu.Nadia macam mana?”
Aku tersentak.Aku pandang wajah papa.Tapi kenapa tiada langsung perasaan bersalah pada wajah itu?Bukankah aku telah luahkan aku masih cintakan Fariz?
“Pinangan diterima?”
Aku melepaskan nafas.Aku menanti jawapan papa dan mama.
“Nadia macam mana?Terima tak?”tanya mama.
Aku menggangguk lemah.Tak ada gunanya aku masih menanti Fariz.Fariz akan bahagia dengan isteri barunya dan aku?Bergenang air mata sahaja setiap kali teringatkannya…
“Nadia terima pinangan tu.Lagipun…Nadia nak mulakan kehidupan baru.”
Mulakan kehidupan baru…lupakan Fariz!

Bersyarat.Ya,aku menerima pinangan itu namun bersyarat.Aku tidak akan berjumpa dengan bakal suamiku sehinggalah selesai dia mengucapkan akad.
Bila mendapat persetujuanku,kata mama aku akan dinikahkan dalam tempoh sebulan lagi.Cepatnya…namun aku tidak pula ingin membantah.Biarlah…lagi cepat,lagi mudah untuk aku melupakan Fariz.
Ah..Fariz lagi.Susahnya nak lupakan dia…Aku bosan…
Tiada gambarnya..tiada namanya.Itu juga yang menjadi syarat.Biar dirinya aku terima seadanya bila aku sudah sah menjadi isterinya.

Sebulan,bukan tempoh yang lama.Aku tidak tahu kenapa pernikahan ini harus dibuat tergesa-gesa.Namun semuanya simple.Ringkas.
Aku cuma mahukan akad dan majlis sahaja.Tiada persandingan.Itu permintaanku meskipun papa dan mama terkilan.Ini perkahwinan keduaku dan kali ini,aku akan belajar menghargai apa yang ada untukku.
Dari balkoni bilik,aku memerhatikan persiapan terakhir.Persiapan perkahwinan sehari sebelum akad nikahku.Aku labuhkan punggung di atas katil yang berhias indah.Teringat majlis perkahwinanku yang pertama dengan Fariz.Indahnya…
Ah,Nadia!Kali ini bukan dengan dia!Kau mesti lupakan dia!
Majlis kahwinku ringkas namun meriah.Masih ada kelas tersendiri.Aku tak mampu menghalang,itu permintaan kedua-dua orang tuaku.Kata mereka,biarpun majlis kahwin yang kali kedua,semuanya harus berjalan dengan sempurna.

Orang sudah ramai.Kebanyakannya saudara-mara serta jiran tetanggaku.Kata mama,tetamu kehormat yang terdiri daripada kenalan papa dan mama hanya akan tiba semasa majlis sudah bermula nanti.Mama di sebelahku.
Aku duduk bersimpuh.Ermm…debarannya masih terasa walaupun aku bernikah untuk kali kedua.Aku terlalai seketika.Mengenang kembali pada Fariz,air mataku menitis tiba-tiba.Aku jadi takut,takut seandainya cintaku pada suami baruku tak setanding cintaku pada Fariz.
Bila aku dengar bisik-bisik orang di sekelilingku,segera air mata ini aku lap.
“Pengantin lelaki dah sampai!”
Ada suara seorang lelaki separuh abad memberitahu.Aku membetulkan duduk.Semakin tidak selesa dan beberapa kali juga aku terpaksa mengawal pernafasan demi untuk meredakan debaran yang semakin terasa.
“Mama…Nadia takut,ma.Nervous.”
Terluah juga rasa itu kepada mama.Mama senyum dan tanganku digenggam erat.
“Sejuknya tangan.Dah…jangan takut.Tak ada apa-apalah.”
Ya…betul kata mama.Tak ada apa-apa.

Aku selesai menandatangani borang pernikahan.Bila papa tunjukkan di mana aku perlu tandatangan,terus aku menurunkan tandatanganku.Tak sempat untuk mengerling sedikit pun nama bakal suamiku.
Akad yang dilafazkan tidak dapat aku dengar dengan jelas kerana pengantin lelaki tidak menggunakan mikrofon.Semasa pernikahanku dengan Fariz,dia menggunakan mikrofon.Akadnya yang hanya sekali itu jelas didengar seluruh isi rumah.
Lima minit menanti.Aku semakin tidak selesa.Makin tidak selesa apabila orang-orang berhampiran denganku sudah berbisik-bisik sambil tersenyum-senyum.Apa yang berlaku?Aku cuba mengintai namun tidak nampak.
“Mama,kenapa?”
Mama menggelengkan kepala sambil tersenyum.Aku tidak mengerti.Kemudian keadaan kembali sepi.Seketika lagi,bisik-bisik kedengaran lagi.Aku tak puas hati.
Keadaan itu berulang hampir sepuluh kali aku rasa.Aku mengerling ke arah jam,sudah setengah jam berlalu.Aku ni sudah bergelar isteri orang atau tidak?
Keadaan kembali sepi.Rasanya kalau cincin jatuh pun boleh dengar dentingannya.Aku memasang telinga.Tiada apa yang dapat kudengar.Hairan,mama di sebelahku boleh mendengar apa yang berlaku di hadapan.Barangkali daripada bisik-bisik orang.Mama bolehlah bertanya apa yang dibisikkan..aku?

“Alhamdulillah…”
Entah siapa yang mengucap syukur itu,aku tidak pasti.Bila semua orang menadah tangan,aku ikut menadah juga.Sayup-sayup suara seorang lelaki membaca doa.Bila habis,semuanya meraup tangan ke wajah.
Tibalah masa aku bertentang mata dengan suamiku.Semakin berdebar kurasa.Aku menunduk.Peluh dingin memercik di dahi.
Keadaan sepi.
“Assalamualaikum.”
Aku diam seketika.Cuba mengamati suara yang seakan tidak asing bagi pendengaranku.
“Waalaikumsal…err..waalaikumsalam.”
Aku terkedu.Dia,suamiku tersenyum kepadaku.Menyerlahkan ketampanannya.
“Fariz?Awak…err…awak buat ape dekat sini?”bisikku perlahan.Dia tersenyum.Aku lihat pakaiannya,sedondon denganku.
Tangan kirinya menarik lembut jari manisku dan seketika kemudian tangan kanannya pula menyarungkan cincin emas pada jari manisku.Kemudian dia mengucup dahiku lembut.Fahamlah aku kini.Fariz…dia kini bergelar lagi suami kepadaku.
Dia menanti aku membalas perbuatannya dengan mencium tangannya pula.Aku kucup tangannya penuh hormat dan ketika itu kamera berkelipan di sana-sini.Seperti kali pertama kami dinikahkan dahulu.Ketika mataku bertentang matanya,aku tidak tahu aku perlu menangis atau menjerit kegembiraan.
Namun,bibirku tersenyum penuh makna.Beberapa garis terentang pada dahi Fariz,tidak mengerti agaknya dengan makna senyumanku.Spontan,tubuhnya kupeluk erat.Dia tidak sempat mengelak,namun lambat-lambat pelukanku berbalas.Kamera berkelipan lagi.Lalu saat itu,air mataku tumpah lagi namun kali ini bibirku mengorak senyum gembira.Syukur.

Bilik pengantin terasa begitu dingin.Fariz masih belum melelapkan mata,bersandar di kepala katil.Aku mengemaskan ikatan rambutku sebelum mendekatinya.
Aku bersandar pada bahunya.Rindunya aku untuk berbuat sedemikian.
“Awak…”panggilku perlahan.
“Ye?”
“Kenapa masa nikah tadi diorang bisik-bisik?Apa jadi dekat depan tu?”tanyaku ingin tahu.Fariz tersengih.
“Bisik-bisik kata saya handsome kot…”
Aku menepuk pehanya manja.
“Jangan main-mainlah.Saya betul-betul nak tahu ni awak…”
“Okey,okey.Emm..awak tak dengar ke?”
Aku menggeleng.Kemudian dia mengelus rambutku.Kemudian,curi-curi mencium pipiku.Aku tersenyum bahagia.
“Fariz…kenapa?”
Aku bertanya lagi bila dia hanya tersengih-sengih.
“Saya…saya…ala..seganlah,sayang.Tak payahlah tahu…”
Bila dia berkata begitu,aku makin ingin tahu.
“Awak…”tekanku.
“Saya susah nak jawab akad tadi.”
Aku tersengih.
“Berapa kali?”
Dia cuma tersenyum sambil menggeleng.
“Saya tak dengar apa-apa tapi berdasarkan keadaan yang sekejap sunyi sekejap riuh,saya agak lebih sepuluh kali.Ye tak?”dugaku.Fariz tersengih.
“11 kali.Saya tak tahu kenapa,tapi masa tu saya nervous sangat.Saya gementar…papa pun tegur sebab tangan saya dia kata macam air batu.”
Aku tersenyum.Aku lingkarkan tanganku pada pinggangnya.Papa yang menikahkanku.
“Fariz…kalau awak nak tahu,mama pun tegur jugak tangan saya sejuk.Saya pun nervous,takut.Awak tahu tak,lepas awak cakap awak nak kahwin masa hantar saya dekat pejabat balik dari Langkawi tu,saya menangis macam orang gila,awak tahu?”
Aku merenung matanya.
“Saya sedih sangat,menyesal sangat sebab buat awak dulu macam tu,”ujarku lagi.Fariz tersenyum nipis.
“Saya tahu.Nadia…walaupun awak tak mintak kita rujuk masa dalam eddah,saya tahu awak sayangkan saya.Saya nampak sayang awak tu masih ada bila awak marah saya letak jawatan,kan?Dan…saya nampak lebih jelas masa kita dekat Langkawi tu.Tapi sebelum kita dekat Langkawi tu,saya dah suruh mak pinangkan awak untuk saya.Awak tahu kenapa?”
Aku menggeleng.Dia tersenyum.Kemudian wajahnya didekatkan dengan wajahku.
“Sebab kalau saya tak kahwin balik dengan awak,tak adelah saya zuriat selama-lamanya.Kan awak seorang je yang boleh jadi ibu kepada anak-anak saya?Kan awak seorang je yang boleh lahirkan anak-anak untuk saya?”
Aku terkedu.Bila aku lihat Fariz tersenyum,aku balas senyuman itu.
“Lagipun sayang…kerja tu tak mo kahwin dengan saya…”
Dia ketawa pada hujung kata-katanya.Itu kata-kataku dulu padanya sebelum kami berpisah.
“Fariz…”
“Iya saya…”
“Awak tahu tak saya sayang awak?”
“Tahu.”
“Cintakan awak?”
“Pun tahu jugak.”
“Menangis sebab awak?”
“Tahu.Papa dah khabarkan pada saya.”
“Tak pernah lupa apa yang saya janji dengan awak dulu?”
Kali ini dia terdiam.Senyumannya juga hilang.
“Apa yang awak janji?”
Dia menjauh sedikit.Dia membetulkan duduk.Begitu juga denganku.Aku tersenyum penuh makna.Aku mengangkat tangan kanan lalu kutetapkan searas dengan bahu.Seolah-olah ingin membaca ikrar.Namun,daripada lima jari,hanya dua jari sahaja yang kuangkat.
“Apa awak buat tu?Nak berjanji ke…baca ikrar?Tapi macam nak ambik gambar je?”
Dia keliru.
“Fariz,awak buatlah macam ni jugak.”
Tanpa banyak soal,dia menurut.Aku tersenyum lagi.Sejak aku dinikahkan kembali dengannya,senyuman langsung tidak lekang daripada bibirku.
“Awak ikut apa yang saya cakap,ya?”
Dia mengangguk.
“Saya…”
“Awak…”
Fariz tersengih.
“Betul-betullah…”tegurku apabila dia main-main.
“Okey,okey.”
“Semula.Saya...”
“Saya…”
“Berjanji takkan…”
Dia mula mengerutkan dahi.
“Berjanji takkan…?”
“Jatuh cinta dengan kerja saya dan gadis!”
“Ha?”
“Cakaplah…”tekanku.
“Takkan jatuh cinta dengan kerja dan gadis!Dengan bukan gadis,ya.”
Dia tergelak besar.Sukanya hati dia.
“Fariz!”
“Okey…okey.Saya janji hanya akan jatuh cinta dengan isteri saya sahaja,Nadia.Okey,puas hati?”
Aku angguk sambil tersenyum lebar.Dia menjatuhkan tangan.Namun aku tidak pula menjatuhkan tanganku.
“Saya janji takkan tinggalkan awak sampai saya mati,saya janji saya takkan benarkan orang lain rampas Fariz saya,saya janji saya takkan…”
“Dahlah tu…saya tahu janji awak semua tu.Kan itu janji awak pada papa.”
Fariz menarik tanganku kemudian digenggam erat.Dia senyum.
“Papa bagitahu?”
Dia mengangguk.Aku menarik wajah,tidak puas hati.
“Kenapa ni?”soalnya.
“Papa.Semua dia bagitahu awak.Dia bagitahu apa lagi?”
Dia tersenyum.Kemudian keningnya diangkat berkali-kali.
“Fariz…dia bagitahu apa lagi?”
Dia mendekat kepadaku.Sekitar seinci sahaja wajahnya daripada wajahku.Aku berdebar tiba-tiba.
“Papa bagitahu saya…awak tak kisah kalau saya nak anak berapa ramai pun.”
Dia tersengih.Aku terkejut.
“Tipu!Saya tak pernah cakap macam tu pun!”
“Emm..memang awak kena tipu pun.Tapi awak tak kisah,kan?”
Aku diam.Kemudian aku senyum.
“Nantilah saya pertimbangkan.”