BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Anda Pengunjung Ke...

Ahlan Wasahlan

SELAMAT DATANG KE LAMAN SECEBISKATA

Jumaat, 31 Disember 2010

Kenapa Hatiku Sedih??

dah pukul 12.30...
masak pun belum lagi nih..
aduhai..
ntah pasal... sedih semacam je hati ni?
kenapa ek? nak kata rindu... tak ada sesiapa yg nak dirindukan
nk kata kecewa... rasanya hidup bahagia sampai sekarang?
apahal ni...
rasa macam nak tutup mata je..dan tido!~
lupakan masalah ni...
masalah kerisauan yang tak bertepi...

Ahad, 18 Julai 2010

Kadang-Kadang Kita Lupa

Seronok kan duduk dekat dunia ni?

Kalau buat salah pun,orang yang tak bernasib baik je dapat hukuman.Sekarang kalau buli orang ke,buat jahat dengan orang ke...jarang dapat balasan.Lagi menjadi pulak nak tunjuk 'terror' kat orang lain.


Buang baby pun tak ada siapa yang nampak.Mana ada CCTV dekat tempat buang sampah,betul tak?Tak pun...ambik barang orang.


"Alah...pinjam kejap je!Nanti dah guna,pulanglah balik..."


Dijadikan kisah,lupa pulak nak pulang.Si tuan punya ni dah mengamuk cari barang yang dah hilang.


Mungkin benda ini perkara biasa dalam masyarakat kita.Betul ke tak ada siapa nampak?Betul-betul line clear ni??


Jawapannya sama sekali SALAH!


Allah itu Maha Melihat,apatah lagi dengan adanya dua malaikat di kiri dan kanan yang mencatit amalan siang dan malam kita.


Sebagai makhluk Allah paling sempurna...betul ke sempurna?Betulla...manusia itu sebaik-baik penciptaan.Manusia tak sama macam batu ke,macam awan ke,macam pokok ke...


Tapi sayang...manusia sekarang dah sikit lebih kurang macam binatang.Tapi binatang pun lagi okey.Hal ni,menyentuh pasal cerita paling TOP dekat Malaysia sekarang-BUANG BAYI.


Binatang tak ada akal tapi manusia ada.Binatang tak buang anak tapi manusia ya.Macam mana fenomena ni boleh terjadi sedangkan Allah kurniakan manusia itu suatu perasaan yang penuh nikmat-KASIH DAN SAYANG.


Mana pergi perasaan tu?Saban hari,ada saja berita pasal buang bayi.Dari secomel-comel baby sampailah yang menyayat hati.Alahai...saya pasti pasangan yang berkahwin namun belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri pasti terkilan saat membaca keratan-keratan akhbar berkaitan kes-kes pembuangan bayi ini.


Sedar atau tidak,semakin moden kita semakin kembali ke zaman jahiliyyah.Ada bayi-hasil perhubungan haram yang ditanam hidup-hidup.Bila pihak berkuasa gali,nasib malang terkena hujung mata cangkul dengan si tubuh kecil yang tidak bernyawa.


Sama bukan dengan amalan masyarakat jahilyyah dulu?Islam itu membawa nur-cahaya yang menamatkan zaman jahiliyyah tapi sayangnya umat Islam pula yang banyak melakukan perkara sebegini.Bertambah sebak bila si ibu dan si bapa pula masih muda belia.


Kawan-kawan, saya juga masih remaja dan saya meminta Allah melindungi akhlak dan pegangan saya.

Kalau direnung kembali,tidak salah rasanya kalau saya mengatakan semua ini bermula daripada fenomena ber'couple'.Kita tengok kawan bercinta,kita pun nak macam tu juga.Sama juga macam fenomena orang pakai kasut Crocs,kita pun nak merasa juga.

Bermula dari bercinta inilah yang akhirnya membunuh segala impian.Mula-mula pegang tangan,lepas tu pegang lain.Hati-hati,yang nampak indah di mata sebenarnya adalah buruk kerana iblis telah menjadikan yang buruk itu indah di mata kita.


Bagi anak gadis di luar sana,apa perasaan anda bila terbaca kisah seorang gadis yang dirogol dan seumpamanya?Pasti gerun dan takut kan?Sedih dan kasihan pun ada.Tak tahulah saya nak cakap bagi remaja perempuan yang senang-senang melepaskan tubuh pada kekasih hidung belang.


Islam itu telah menyediakan batas-batas pergaulan dengan indah sekali.Islam itu menjaga maruah.Keseronokan yang dirasai itu tak lama,sementara aje.Percayalah!
p/s:renung-renungkan dan semoga menjadi pengajaran.segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada kelemahan saya sendiri.






Salam Persahabatan


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!


Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan sebab sudi singgah di laman tak seberapa ni.Blog ni khas ditulis untuk berkongsi rasa, cerita dan juga pengalaman diri sepanjang bernafas di bumi Allah ini.


Sebarang komen yang membina saya dahulukan dengan ucapan terima kasih yang berjuta-juta kerana komen-komen anda-para pembacalah yang akan menjadikan saya untuk ke arah yang lebih baik.
Terima kasih sekali lagi.
-kita-kita je..-