BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Anda Pengunjung Ke...

Ahlan Wasahlan

SELAMAT DATANG KE LAMAN SECEBISKATA

Jumaat, 7 Januari 2011

Logik Kan?

Hai korang~
Aku nak share satu kisah ni. Tapi ni bukan entri daripada aku sendiri. Saja share untuk suka-suka. Kalau ada pengajaran, ambillah iktibar ye. Jom kita view!

Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L). Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba
mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...

M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku kuatir dia bermaksud jahat.

L : Itu hal yang Logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.

M : Alamak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berjaya tangkap kita. Adoh hai, apa yang harus kita buat?.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.

M : Itu tidak banyak membantu laa, macammana ni.

L : Tentulah tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan berjalan lebih cepat.

M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi...

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan kiri dan aku ikut jalan kanan.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya.

Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan aku tiba dengan selamat, Eh macamana cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi?

L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan engkau?

L : Sesuai dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun lari sekuat tenaga jugak.

M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku ditempat yang gelap...

M : Jadik.. Apa yang engkau lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam.

M : Alamak... jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan seluarnya...

M : Alamak... jadi apa yang berlaku?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh, langkah aku besar, tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni... So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu.

M: Ha ha ha ha Memang logik.

p/s: Lepas baca ni, korang nak ikut yang mana satu? Logik ke matematik ke sains ke? Whatever laa, janji selamat k!

Khamis, 6 Januari 2011

Suami? Eh, single lagi tau!

Tiba-tiba aku rasa rindu pulak dengan blog yang tak seberapa nie. Rindu nak menulis sebenarnya. Yelahkan idea aku tengah stuck untuk penulisan lain, tapi penulisan dari hati jalan aje.

Hmm... tengah tunggu email dari syarikat feri untuk tiket feri yang aku book pagi tadi. Everything da setel da...ALHAMDULILLAH!

Oh ya, nak share sikit pasal petang tadi. Masa tu aku dekat CIMB nak cashkan cek, then ayah call. Ayah kata ayah da bank in kan deposit untuk kereta sewa pastu ayah suruh aku booking dulu. Ok.. aku gi luar bank kejap lepas tu call la Encik Syam yang in charge tu.

Bila aku cakap aku nak book Toyoto Hiace( maklumlah keluarga aku kan ramai!), dia cakap tadi suami dah telefon. Aku terkaku kejap, yelah bukan apa mana lah tahu dia ingat orang lain yang punya booking.

Haha... dalam otak aku nak iyakan je atau apa? mengaku jela suami...even i ni single mingle lagi u! tapi... tak baik menipu. berdosa u!

Aku tak dapat bayangkan macam mana la muka Encik Syam tu lepas aku cakap benda sebenar. Tapi tak apelah... memaafkan tu lebih baik.

Sabtu ni aku nak pergi KL dengan ayah. Mak cakap ayah nak pergi tengok pasu bunga and aku lak nak ke Edu Fair kat KLCC. Lepas ni aku nak pergi cari jadual Edu Fair tu. Nor pun da siap tukar syif semata-mata nak temankan aku gi Edu Fair tu. Dia tu pantang aku ajak gi jalan, nak aje ikutnye!

Pagi tadi telefon satu syarikat feri ni punyalah garang frontdesknye! haha brutal tol... macam tak nak ambik order aku je.

Never mind, aku da cari yang lain.

Susahnye Merancang Percutian!

selamat pagi malaysia!
Ni bukan mengeluh tau tapi just luahan perasaan. Aku dari last week lagi dah ditugaskan (~memag aku yang offer diri) untuk mencari accomodation and transport and everything untuk family trip to Langkawi Kedah tahun ni.

akhirnya dapat jugak book apartment dekat langkawi tu. punyala bengang aku when aku nak book je full,full,full! akhirnya dapat dekat sri lagenda. haha aku tengah praktis typing pakai lapan jari ni, lembapnya...sabar jela.

Lega bila da dapat apartment. Tadi macam ada ura-ura nak cancel family trip g langkawi sebab semua tempat penuh. Almaklumlah mak rancang nak pergi time tahun baru cina,peak season kn? Idea nak ke langkawi pun secara tak sengaja time tengah masak. Misi memujuk ayah berjaya tapi bila time nak book hotel chalet apartment segalanya da penuh.

Aku suggest satu 1 star hotel ni pada my sis, peh direct dia reject. Aku da bengang time tu ,yela semua full. Terjumpa motel tu yang itupun ada cuma 2 room yang still avaiable. yang lain da penuh kecuali yang ribu2 satu malam. kalau aku gatal nak book yang tu, for sure aku tak dapat nak borong coklat.haha tak rela i!

Last2 my sis hantar msg cakap dy jumpa apartment satu.sri lagenda.alhamdulillah jumpa gak tmpat tidur. ada gak aku dapat suggestion bawak khemah. hehe praktikal tak? boleh cari mana2 yang suka kan?

oh ya, sebenarnya aku tak kisah tidur kat motel tu? tahu kenapa tak? sebab bawah motel tu je dah ada kedai coklat! haha syok tu... tapi tula dah reject awal2.

feri pun da setel.tinggal lagi nak book van pulak, yelah family trip kali ni walaupun ramai mak cik yang refused xmau pergi(aku kecik ati taw~aku organise) tapi pak cik aku yang sorang tu tetap bersemangat nak pergi!haha..i like.

Oh ya! aku nak suruh pak cik bawak kamera dia yang ala-ala cameraman punya kamera tu. Aku nak jadi cameragirl dekat langkawi nanti. Hopefully pak cik bagi pakai, anyway aku kan dah dewasa?Hehehe...

Oh lagi satu! Semalam time mak and aku tengah makan dengan geng2 mak, ada beberapa orang kawan mak suggest aku g belajar driving! Hahaha mak kata malam tadi mungkin lepas balik Langakawi baru mak daftarkan aku agaknya. Gitulah gamaknya. Tapi semalam MOHE wat announcement intake IPT 2011/2012 bulan September ni. Mak kata alamatnya aku memang lama duk kat rumah pastu aku cakap kat mak, matriks kuar awal.

Malam tadi, tengah2 malam aku dapat mesej dari sorang kawan aku~ dia cakap maybe result keluar 13 Mac ni. Tiba-tiba aku rasa macam cepat pulak! Hexx..

Sekarang aku kena update dengan paper sebab tak lama lagi permohonan on9 untuk IPT Fasa 2 akan di bukak tak lama lagi. Sejuk dah tangan and kaki aku.

So sekarang aku perlukan rest~ GO FOR LANGKAWI!!!

Selasa, 4 Januari 2011

Belahan Hati

Ello korang...
Tak tahu kenapa hari ni aku jiwang sikit... tapi bila aku selak2 buku conteng aku yang masih cantek ni, terjumpa satu emm puisi la yang aku buat sendiri. Actually puisi aku yang tak seberapa ni lebih kepada doa la jugak.

Ni nak share dengan korang nie. Harap2nya kita semua boleh jadi macam ni kan?~(Aku tengah layan lagu Kita Satu-Spider.)

ketemukan aku dengan dia
dia yang mentaatiMu
cintakan aku dengan dia
dia yang menyintaiMu
sayangkan aku kepada dia
dia yang menyayangi rasulMu
kukuhkan cintaku untukMu jua buat rasulMu
untuk dia belahan hatiku.

Walaupun tak panjang, tapi aku harap sesiapa yang sudi baca nie dapatlah something. Sikt pun tak apa, janji rockkan? Hah.. janji dapat!

Hati

"Hati bukan besi, tak mudah dilukai. Bukan batu, bukan juga kayu. Hati... batinnya fungsi berbeza, fitrahnya mudah terasa dan terluka. Ubat buat si hati yang terluka adalah masa dan kemaafan. Jika hilng kemaaafan sangaaat sukar menanti hati yang terluka terubat semula."

Wei korang! Jagalah hati sendiri and jangan lupa jugak jaga hati orang tersayang! Mak ayah korang, kawan-kawan...
Kalau hati pakwe or makwe kalau tak nak berapa nak jaga pun aku no comment lar... tapi seeloknya jaga. Bukan nak menggalakkan bercouple tapi kan kita semua sedara seagama?Kan?Kan?Kan?

Erti Sayang Makna Cinta

Meminati tak bermakna menyukai
menyukai tak bererti menyayangi
menyayangi bukan bermakna memiliki
memiliki tak selamanya kekal abadi
jika ada yang ada yang meminta kasihmu
katakan padanya ianya milik Allah
rindumu pada Rasullullah
kasihmu pada ibu bapa
namun jika ada yang meminta keikhlasanmu
maka berikanlah kepadanya sebuah persahabatan...

Kemarau Cinta

Asyura melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk di ruang tamu.Alat kawalan jauh televisyen dicapai lalu butang berwarna merah ditekan.Bila televisyen berfungsi,dia menukar siaran.Terus menukar dan akhirnya ditutup kembali televisyen tersebut.


Sekitar ruang tamu itu diperhatikan.Seketika dia mengeluh pendek.Kebosanan tiba-tiba melanda dirinya.Kemudian dia mengerling pada jam di dinding.Sudah jam enam petang.Seketika fikirannya menjengah memikirkan Fahmi,lelaki yang hampir tiga tahun menjadi suaminya.Masih belum pulang dari pejabat.

“Err…Mak Mah!”panggil Asyura sebaik sahaja terlihatkan pembantu rumahnya yang

telah melewati usia separuh abad itu.Wanita itu menoleh dan langkahnya terhenti.Asyura mengukir senyuman.

“Mak Mah…mari sini.”

Seketika wanita itu melangkah ke arahnya.

“Mak Mah dari mana tadi?”soal Asyura lalu membetulkan duduknya.

“Dari halaman Cik Puan.Ada apa Cik Puan panggil Mak Mah?”tanya Mak Mah sopan.Asura tersenyum simpul.

“Mak Mah,kalau temankan Ara berbual boleh tak?Ara bosanlah.Mak Mah temankan Ara,boleh kan?”

Asyura mengerdipkan matanya berkali-kali.Memancing simpati pembantu rumah yang telah dianggap seperti ibu kandung sendiri sementelah dirinya sendiri dibesarkan di rumah anak yatim semenjak kecil.

Dengan senang hati,wanita itu melabuhkan punggung di hadapan majikannya.

“Mak Mah,dari mula Ara pijak rumah ni tiga tahun lepas,Mak Mah asyik panggil Ara Cik Puan aje.Panggil Ara dahlah.Lagipun Ara ni bukannya siapa-siapa sebelum kahwin dengan Fahmi.Orang biasa je.”

“Err…tapi Cik Puan…”

Asyura tersenyum melihat pekerjanya yang nampak serba-salah dengan permintaannya itu.

“Kenapa?Mak Mah takut Fahmi marah ke?Alah…dia tu.Tak de apelah,Mak Mah tak payahlah takut.Kalau dia tegur,cakap je Ara yang suruh,”balas Asyura selamba.

“Baiklah,Cik…er..Ara.Baiklah Ara…”

Tersengih Mak Mah apabila menyedari dia tersasul memanggil Asyura.Asyura tersenyum lebar.

“Mak Mah,rumah ni tak ada seri,kan?”

Pertanyaan yang ganjil pada pendengaran itu membuatkan Mak Mah mengerutkan dahi kehairanan. Memandang majikannya yang nampak muram.

“Kenapa pulak Ara cakap macam tu?Rumah besar dan cantik ni tak ada seri?”

Asyura mengangguk.Kemudian terdengar dia mengeluh.

“Ara tak tahulah pada siapa nak luah,Mak Mah.Rumah ni…kalau ada suara budak-budak,kan berseri?Seronok,meriah je.Tapi tengoklah macam sekarang,sunyi je,”kata Asyura perlahan.Sayu.Mak Mah yang mendengar tersenyum.

“Kalau macam tu,Ara dengan Tuan Fahmi kenalah dapat anak cepat-cepat.Biar rumah ni ada seri,meriah.Mak Mah pun seronok nanti.”

Kata-kata yang ikhlas lahir daripada pembantu rumahnya hanya membuatkan Asyura terluka.Bila mendengar nama suaminya,betambah terluka hatinya.Hampir-hampir sahaja air matanya menitik.

“Itulah yang saya nak.Tapi…Fahmi tak suka.Dia tak mahu.”

Mak Mah yang mendengar kehairanan.Wajah sedih Asyura ditatap.

“Kenapa pula,Ara?”

Asyura menarik nafas lalu dilepaskan perlahan-lahan.Bahunya diangkat.

“Tak tahulah,Mak Mah.Ara sendiri tak faham dengan dia.Dulu lagi dia dah ingatkan Ara dia tak mahu zuriat.Katanya menyusahkan.Entahlah…”

Asyura bersuara hiba.Mak Mah yang mendengar terkejut pada mulanya namun sebaik sahaja terpandangkan wajah majikannya yang suram,hati tuanya turut berduka.

“Ara,kan perkahwinan tu untuk menambahkan umat Muhammad atas muka bumi ni,nak?Ara tak cuba pujuk Tuan Fahmi ke?”

Kata-kata Mak Mah itu memang tidak disangkal Asyura.Benar,perkahwinan untuk menambahkan lagi umat Muhammad s.a.w.Setahunya,setiap pasangan yang berkahwin inginkan anak buat penyeri rumahtangga.Lain pula suaminya.

“Puas dah,Mak Mah.Balik-balik,saya yang kena marah nanti.Tak tahulah macam mana nak buatkan dia berubah,”luah Asyura kecewa.Wajahnya mendung.

“Ara sabarlah,nak.Esok lusa,ada juga nanti keinginannya nak tengok zuriat sendiri.Insya-ALLAH.”

Tapi perbualan mereka terhenti apabila terdengar enjin kereta yang menjalar masuk ke halaman rumah.Asyura memanjangkan lehernya,menjenguk ke halaman.Ternampak tubuh Fahmi yang sedang melangkah keluar dari BMW X5 yang baru selesai diparkir.

“Fahmi dah balik,Mak Mah.Mak Mah pergi dapur dulu ya,tolong siapkan hidangan.”

Mak Mah menurut.Selepas pembantu rumahnya berlalu,Asyura bangun.Dia melangkah ke muka pintu,ingin menyambut kepulangan suaminya.Walaupun tiada hati untuk tersenyum,namun dipaksa juga bibirnya.

“Hai sayang!”sapa Fahmi ceria.Wajahnya keletihan,namun bibirnya tetap tidak lokek mengukir senyuman buat isteri tercinta.Dia segera melangkah mendapatkan Asyura di muka pintu.Mencium hangat dahi isterinya sebelum Asyura membalas dengan mencium tangan kanannya.

Beg bimbit Fahmi beralih tangan.Asyura menanti seketika suaminya membuka kasut sebelum mereka beriringan ke kamar mereka.

Bila di dalam bilik,Asyura hanya menyangkut semula kot hitam yang dihulurkan suaminya.Kemudian meletakkan beg bimbit Fahmi di atas sofa di dalam kamar maha luas itu.Bila suaminya menghilang di balik pintu bilik air,Asyura duduk di birai katil.Menanti Fahmi sehingga lelaki itu selesai mandi.Kemudian menanti lelaki itu selesai menunaikan solat Asar.

“Aik,Ara?Senyap je dari tadi?Tak sihat ke?”tanya Fahmi.Tangannya terus meraba dahi si isteri.Asyura segera menggeleng dan tersenyum tawar.Tangannya menolak tangan Fahmi yang baru menyentuh dahinya.

“Tak adalah,Ara okey je.Penat kot.”

“Penat?Ara buat apa hari ni?Kemas rumah ke?”

Asyura mengeluh pendek.Perlahan sahaja.Tersilap alasan.

“Tak.Tak adalah.Semua tu Mak Mah yang buat.Ara tolong sikit-sikit je.”

Fahmi menggeleng.Kemudian lelaki itu tersenyum,menyerlahkan ketampanannya.

“Kenapa sayang buat semua tu?Mak Mah tukan Fahmi gajikan untuk buat semua tu.Ara tak payahlah susah-susah.Kalau sakit nanti,siapa susah?”

Asyura hendak tergelak.Mustahil dengan mengemas rumah sahaja boleh jatuh sakit.Fahmi…Fahmi…

“Yelah,yelah.Jom Fahmi,kita turun makan.Fahmi mesti lapar,kan?Ara temankan jom.”

Lengan Fahmi ditarik lembut.Mengisyaratkan lelaki itu agar mengikut langkahnya.



Malam yang dingin.Asyura sudah menyelimuti tubuhnya dengan comforter berwarna jingga itu.Penghawa dingin yang terpasang membuatkan dia kesejukan.Kamarnya masih terang-benderang.

“Fahmi…tak mengantuk ke?”tanya Asyura dari atas katil.Fahmi yang sedang menonton televisyen menoleh sekilas.

“Belum.Kejap lagi Fahmi tidurlah,Ara tidurlah dulu.Habis cerita ni,Fahmi masuk tidur,okey?”

Asyura tidak membalas.Cuma berharap agar siaran yang sedang ditonton suaminya itu cepat habis.Dia ingin memujuk lelaki itu agar mengubah pendirian.Dia sudah terlalu sepi.

Lama menanti.Bila Asyura ingin melelapkan mata,barulah terasa lampu kamarnya dipadamkan.Suara daripada peti televisyen juga tidak kedengaran.Kemudian terasa tangan kasar suaminya mengusap lembut ubun-ubunnya.

Asyura berkalih.Cahaya daripada lampu jalan yang menerjah ke dalam bilik mereka sedikit-sebanyak membantu penglihatannya di dalam bilik yang sudah dipadam kesemua lampu itu.

“Fahmi…”panggil Asyura perlahan.

“La?Ara belum tidur lagi ke?”

Asyura diam.Kemudian dia bangkit dari baringan.Duduk menghadap suaminya.

“Fahmi,Ara ada benda nak cakap ni.Tapi Fahmi jangan marah,ya?”

Fahmi yang mendengar berasa hairan.Namun telinganya menanti sahaja apa yang ingin dikatakan oleh si isteri.

“Cakaplah,”ujar Fahmi lembut.

Asyura menarik nafas.Dia tahu,mungkin apa yang ingin dia bicarakan sebentar nanti,mengundang marah Fahmi.Namun…dia tidak akan berdiam diri sahaja.

“Fahmi,Ara rasa sunyi sangat sejak kebelakangan ni,”luah Asyura perlahan.

“Kalau macam tu,keluarlah pergi jalan-jalan ke.Pergi bersiar-siar.Hmm?”

“Bukan sunyi tu…tapi hati ni rasa kosong.Rumah kita ni,tak ada seri tahu tak?Sunyi je.Kalau Fahmi tak de,lagilah terasa sunyinya.”

Asyura berkata perlahan.Berharap moga simpati suaminya ada.

“Kenapa ni?Ara nak cakap apa ni?Cuba terus-terang…”

Masih lembut bicara Fahmi.

“Fahmi tak rasa ke,kan hilang sunyi rumah kita ni kalau ada budak-budak?”

Perlahan-lahan kata-kata itu diucapkan.Namun Fahmi terus berubah riak.

“Ara,kalau nak cakap pasal anak,sorry!Fahmi tak nak dengar!”kata Fahmi tegas.Asyura mengeluh.Bila suaminya ingin berlalu,cepat-cepat lengan lelaki itu dicapai dan dipegang kemas.

“Fahmi…please.Janganlah macam ni,sampai bila Fahmi?Ara dah 28 tahun depan.Fahmi tak kesian pada Ara ke?”

Fahmi mendengus.

“Ara tak faham ke?Fahmi tak nak,Fahmi tak suka!Budak-budak menyusahkan tahu tak?”

Bagai halilintar yang membelah bumi,suara Fahmi pula menerbangkan semangat Asyura yang tinggal sisa.

“Fahmi…”

Asyura cuba memujuk.

“Cukup!”pintas Fahmi.Asyura terdiam.Lama kemudian,air matanya menitis pula.

“Anak-anak tukan penyeri rumahtangga.Tak lengkap bahagia kita kalau tak ade mereka.”

Asyura masih tidak mengalah.

“Tak lengkap apa pulak?Ara…tell me.Tak cukup ke harta yang Fahmi bagi ni?Tak cukup ke?”soal Fahmi keras.Asyura tersentak.Makin galak air matanya mengalir.

“Cu…cukup.Terlebih cukup,”jawab Asyura tersekat-sekat.

“Dahtu?”

“Tapi harta yang banyak pun tak bawak bahagia.Harta kita dunia akhirat,cuma anak-anak,Fahmi.”

Mendengar perkataan ‘anak’ yang terluncur di bibir isterinya,Fahmi mengeluh keras.Pegangan Asyura dilepaskan.

“Asyura,dengar sini.Fahmi tak nak dengar lagi pasal ni.Jangan berani lagi cakap pasal benda ni.”

Fahmi bingkas.Terus berlalu dari bilik itu.

“Fahmi!”

Namun panggilannya tidak dihiraukan.Lelaki itu terus berlalu.Akhirnya Asyura yang terlena dengan linangan air mata.



Bila Asyura terjaga keesokan harinya,Fahmi sudahpun ke pejabat.Setiap kali mengenangkan peristiwa malam tadi,air matanya menjadi murah sahaja.

“Ara,tak sarapan ke?”tanya Mak Mah.Asyura menoleh.Dia menggeleng perlahan.

“Ara tak ade selera.Kalau lapar nanti,Ara makanlah,”jawab Asyura perlahan.Mak Mah tidak mengulas apa-apa.Cuma memerhatikan sahaja wajah muram majikannya.

“Mak Mah tengok Ara muram je ni?Ara ada masalah ke?”

Asyura menoleh.Memandang wajah pekerjanya yang prihatin.Kemudian dia tersenyum nipis.

“Tak ada apalah.Ara biasa aje.”



Jam sepuluh malam.Fahmi masih belum pulang lagi.Asyura keresahan.Bimbang perkara yang dibangkitkan semalam menjadi punca mengapa lelaki itu masih belum pulang sehingga kini.Dalam kecewanya dengan Fahmi,masih terselit prihatinnya buat lelaki itu.

Semua penghuni banglo setinggi dua tingkat itu sudah lama lena.Cuma tinggal dia sahaja yang masih berjaga,menanti kepulangan Fahmi.

Lama menanti.Namun tak muncul-muncul jua.Asyura memandang jam lagi.Sudah lewat angka 12.Telefon bimbit suaminya didail,namun tiada jawapan.

Bila dia hampir terlena,barulah dia mendengar bunyi enjin kereta.Yakin bahawa itu adalah Fahmi,lantas punggungnya diangkat lalu melangkah ke bilik.Ingin tidur kerana dia benar-benar sudah mengantuk.

Bila dia sudah berbaring di atas katil,tidak lama kemudian tombol pintu kamarnya dipulas.Matanya dibuka sedikit.Terlihat wajah Fahmi yang kepenatan.Dadanya berdebar apabila Fahmi duduk di sebelahnya.Aturan nafasnya cuba dikawal.

“Maaf sayang.Pasal malam semalam,harap Ara faham.”

Kemudian terasa dahinya dicium perlahan.Hati Asyura membentak.Ingin memprotes namun dipendamkan sahaja.

Balik-balik,Fahmi sahaja yang perlu difahami.Kehendak Fahmi sahaja yang perlu diikuti.Dia?Kehendaknya?Langsung tiada lelaki itu peduli.



Seminggu berlalu.Hubungan Asyura dan Fahmi kembali seperti selalu.Walaupun hakikatnya,pahit itu dipendam hanya Asyura seorang.

Fahmi,lelaki itu romantik dan penyayang.Namun bila tiba soal anak,semuanya menjadi sebaliknya.Asyura sendiri tidak mengerti.Susah hendak menebak apa yang menjadi keinginan lelaki itu.

“Ara.”

Asyura menoleh.Berpandangan seketika dengan Fahmi yang tercegat di pintu.

“Kenapa?”tanya Asyura lembut.

“Fahmi kena pergi Kuching esok.Nak ikut tak?”

“Kerja?”

Fahmi angguk.Asyura diam.Kalau mengenai kerja,memang dia tidak berminat.Dia menggeleng.

“Ara tolong siapkan baju untuk seminggu.Ahad minggu depan Fahmi balik.Don’t miss me.”

Asyura tersenyum nipis.Dia bangun dan beg pakaian diambil.Sehelai demi sehelai pakaian Fahmi dimasukkan.

Fahmi akan ke Kuching,maknanya dia akan sendirian lagi.Sekadar ditemani dengan pembantu rumah sahaja.Alangkah baiknya kalau dia ada anak sendiri,yang menjadi penemannya.Tanpa sedar,dia mengeluh perlahan.

“Kenapa ni?”tanya Fahmi lalu duduk di sebelah Asyura.

“Kenapa apa?”tanya Asyura hairan.Tidak berapa faham dengan soalan suaminya.

“Tadi Fahmi dengar Ara mengeluh.Kenapa?”

“Emm..tak de apelah,”dalih Asyura.Kalaupun dia memberitahu sebabnya,akan berubahkan pendirian lelaki itu?



Bila Fahmi pergi,Asyura sendirian.Tiada apa yang boleh dibuat dengan rumah besar itu.Hendak berjalan-jalan di luar pun,dia tidak berminat.

Hari-hari dilalui terasa begitu sepi.Hanya Mak Mah yang menjadi teman berbualnya.Kadang-kala Pak Mad,tukang kebun dan juga pemandunya ada juga berbual-bual dengannya.Namun semua itu,belum mampu berjaya mengusir rasa sepinya.

Lusa Fahmi akan pulang.Asyura berbaring di atas katilnya.Hari merangkak tengahari.Terkebil-kebil memandang siling bilik.Seharian dia tidak dapat bergerak.Kepalanya terasa berpusing.Pandangannya juga berpinar.Pening,berdenyut rasa kepalanya.

Entah berapa puluh kali kepalanya dipicit.Bila sudah letih,dia akan tertidur.Ingin memanggil Mak Mah membantu,dia teringat akan larangan Fahmi untuk tidak membenarkan sesiapa melangkah masuk ke dalam kamar mereka berdua.

Tok!Tok!

“Siapa?”tanya Asyura lemah.Sakit kepalanya,bagai hendak pecah.

“Ara,Mak Mah ni.Ara okey ke?Tak turun untuk sarapan?”

Bila mendengar suara Mak Mah,hati Asyura menjadi lega.Terus dia mengarahkan pekerjanya itu masuk,terlupa terus pada larangan Fahmi.

“Mak Mah telefonkan Doktor Zarina,ye?”

“Buatlah apa je Mak Mah.Ara dah tak tahan ni.”

Bila Mak Mah membantu memicit kepalanya,Asyura sedikit lega.Mak Mah membantu menyuapkannya bubur ayam yang menjadi sarapan pagi itu.Baru separuh mangkuk,habis diluahkan semula bubur tersebut di atas lantai.Perutnya terasa mual.

Menitis air matanya.Asyura benar-benar rasa tidak berdaya.

“Mak Mah,tolong suruh Pak Mad siapkan kereta.Ara dah tak tahan lagi.Kita pergi klinik teruslah,”ujar Asyura sebaik sahaja Mak Mah selesai membersihkan muntahnya.



Pening di kepala masih berbaki namun itu seakan tidak memberi kesan apa-apa kepada Asyura.Dia tersenyum manis.

“Ara,macam mana?”tanya Mak Mah sebaik sahaja Asyura melangkah masuk ke dalam rumah.Dia segera mendekati Asyura dan majikannya itu dipapah perlahan.Bimbang melihat tubuh yang lemah itu.Bila Asyura ingin duduk di sofa,dia turut membantu.

“Tak ade apa,Mak Mah.Doktor cakap,Ara okey je.”

Asyura tersenyum nipis.Mak Mah nampak hairan.

“Doktor cakap Ara okey?Takkanlah…tadi Mak Mah tengok Ara tak berdaya langsung.”

“Memanglah.Tapi Ara okey je,tak de penyakit apa-apa pun.Mak Mah,tak lama lagi…rumah ni takkan sunyi lagi.Ara dah hamil Mak Mah,doktor kata masuk 5 minggu.”

“Iya?Alhamdulillah…”

Mak Mah tumpang senang melihat wajah Asyura yang bercahaya.

“Kalau macam tu,Mak Mah nak masak yang istimewa untuk makan malam nanti.Ara ada nak makan apa-apa?”

“Malam ni,Mak Mah masakkan nasi Tomato ya?”



Kepulangan Fahmi dinanti.Jam 9 malam.Setengah jam lagi lelaki itu akan sampai ke rumah.Asyura berdebar.Dalam gembira,masih terselit kebimbangan dengan penerimaan suaminya nanti.

“Assalamualaikum.”

Asyura tersentak.Lantas menoleh,lalu dia tersenyum.

“Waalaikumsalam.Fahmi…”

Seketika dia memeluk lelaki itu.Melepaskan rindu seminggunya.

“Sayang sihat?”tanya Fahmi.Kedua-dua belah pipi Asyura dipegang.Bila melihat anggukan isterinya,baru dia lega.

“Ara ada benda nak bagitahu Fahmi,tapi lepas kita makan ya.Hari ni lauk special tau…”



“Apa benda yang Ara nak beritahu tu?”soal Fahmi lalu mendekati Asyura yang sedang bersila di tengah katil.Dia mencapai tangan halus itu.

“Ara nak bagitahu…Fahmi akan jadi ayah tak lama lagi.Doktor kata sekarang dah 5 minggu.”

Tersenyum simpul Asyura selesai dia memberitahu perkara gembira itu kepada Fahmi.Namun riak wajah Fahmi terus berubah.Pegangan tangannya juga terlepas.

“What?Ulang balik?”

“Fahmi akan jadi ayah.”

Lembut tutur Asyura.

“Gurau ape ni,Ara?”tanya Fahmi kasar.Asyura terpinga,terasa dengan nada suara suaminya.

“Mana pulak gurau.Betullah…”

“No,no,no….Fahmi tak percaya.Ara jangan nak bergurau,ya.Tak suka dengan gurauan ni,tak lawak pun.”

Kali ini riak wajah Asyura pula berubah.Senyumannya mati.

“Fahmi,Ara tak berguraulah.Look at me.Serius…dah 5 minggu.Kalau tak percaya,Ara boleh tunjukkan surat doktor...”



Berlinangan air mata Asyura.Dibiarkan sahaja Fahmi mengamuk.Habis bantal dan kusyen sofa dibaling.Asyura cuma tertunduk menangis.

“Fahmi…tolonglah.Janganlah macam ni…”rayu Asyura perlahan.Tangannya memegang kaki Fahmi,memohon agar lelaki itu bertenang.

“Aku dah kata,aku tak suka!Aku tak nak.Kau degil ya!Kenapa kau tak bagitahu aku waktu subur kau?Kau sengaja,kan?”

Fahmi menolak kasar tubuh Asyura.Langsung tiada simpati buat isterinya yang sedang mengandung.

“Ara minta maaf,Fahmi.Sumpah…Ara tak sengaja.”

“Jangan nak pancing simpati aku!Aku nak kau gugurkan dia!”

“Fahmi!Berdosa,kalau kita buat macam tu!Dia tak salah apa-apa!”

“Asyura!Jangan nak melawan.Aku kata gugurkan,gugurkan!”

Tersayat hati Asyura mendengar baris kata yang keluar daripada mulut suaminya.Wajahnya telah lama lencun dengan air mata.

“Fahmi sampai hati nak bunuh anak sendiri?Dah gila ke?Tak…tak,Ara takkan buat!Ara nak tengok dia membesar!”tegas Asyura.Air matanya diseka kasar dengan belakang tangan.Fahmi menyinga.Dia memicit kuat bahu Asyura sehingga gadis itu terjerit kesakitan.

“Kau nak gugurkan atau tak?”

“Tak…”

Meskipun kesakitan,Asyura tetap berkeras.Di hadapannya,bagaikan bukan Fahmi yang dia kenali.

“Kau nak buang dia atau tak?”tanya Fahmi lagi.Merah matanya.Asyura teresak.

“Sakit Fahmi.Lepas…”rintih Asyura lemah.

“Aku tanya kau sekali lagi.Kau nak gugurkan dia atau tak?”

“Ara takkan bunuh anak Ara sendiri!”

Itu tekad Asyura.



Kerana tekadnya itulah,maka sudah lebih 2 bulan Fahmi menghilangkan diri.Setiap hari Asyura berendam air mata memikirkan Fahmi.Memikirkan sikap lelaki itu,keselamatan lelaki itu.

Kalaulah tiada pembantu rumahnya,pasti makan minumnya terabai.Murah sahaja air matanya bila mengenangkan Fahmi.Entah di mana lelaki itu,dia tidak tahu.

“Ara…”tegur Mak Mah suatu hari.Asyura lekas-lekas menyapu air matanya sebelum menoleh.Dia tersenyum tawar.Sekadar melindungi duka di wajahnya.

“Ya Mak Mah?”

“Jom makan nak.Dah nak dekat pukul empat petang,tapi Ara tak makan tengahari lagi.”

“Ara tunggu Fahmi,Mak Mah.Mana tahu kalau-kalau dia tergerak nak balik sini.Ara nak tunggu dia,”ujar Asyura perlahan.

“Kalau macam tu,Mak Mah siapkan makanan dan bawa ke sinilah.Ara kena makan nak,kesian dengan anak dalam perut tu.”

Asyura diam.Merenung jauh ke luar.Bila Mak Mah ingin berlalu,dia memanggil.Matanya berkaca kembali.

“Mak Mah…salah Ara ke anak ni wujud?Fahmi tak nak balik rumah?Salah Ara ke?”tanyanya perlahan.Mak Mah terdiam.Air matanya yang diempang mula pecah mendengar pertanyaan Asyura itu.

“Jangan cakap macam tu,Ara…”pujuk Mak Mah perlahan.Dia mendekati majikannya.

“Fahmi marah bila Ara tak nak dengar cakap dia.Besar sangat ke salah Ara ni?Ara salah ya bila pilih nak pertahankan anak ni?”tanya Asyura lagi.Tiada tangisan yang lahir,cuma matanya sahaja yang berkaca.

“Ara dekat dunia ni,tak ada siapa-siapa lagi.Dulu ada Fahmi,tapi Fahmi dah pergi.Anak ni,Ara tak tahu macam mana nasib dia.Tapi kalau apa-apa jadi pada Ara nanti Mak Mah,Mak Mah tolong tengok-tengokkan anak Ara ni.Kalau Fahmi tak nak dia,kalau Ara pun tak ada,dia dah tak ada sesiapun lagi.Mak Mah tolong ya…”sayu permintaan itu membuatkan Mak Mah menangis manakala Asyura cuma merenung sayu ke luar halaman.



Fahmi melangkah perlahan.Tombol pintu biliknya dipulas perlahan.Bimbang Asyura terjaga dan menyedari kehadirannya.Bila pintu terkuak,Fahmi lega.Isterinya sedang lena di atas katil.Seketika matanya terpandangkan perut isterinya yang sudah nampak.

Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan.Meluat melihat perut yang membusung itu.Menyampah!

Tapi…ah…betapa benci pun dia melihat perut yang membusung itu,hatinya tetap rindu pada Asyura.Tetap rindu untuk menatap wajah isterinya.

Fahmi mendekati Asyura yang lena penuh hati-hati.Kemudian dahi itu dikucup lama sebelum beralih pada kedua-dua belah pipi isterinya pula.Bila puas,dia terus berlalu.Tak mahu Asyura sedar kehadirannya di situ.



Asyura duduk berehat di halaman rumah petang itu.Sesekali dia berasa nyaman apabila bayu petang menyapa wajahnya.Kini dia hanya menghitung hari untuk melahirkan.Menurut jangkaan doktor,dia akan melahirkan dalam masa seminggu lagi.

Teringatkan Fahmi,namun kali ini air matanya tidak lagi mengalir.Dia perlu cekal.Fahmi…entah bila akan berubah,Asyura tidak tahu.Cuma setiap malam,dia berdoa agar Fahmi berubah.

Asyura tersentak ketika terasa perutnya senak.Semakin lama semakin kerap dan ketika dia ingin masuk ke dalam rumah,baju mengandung sebelah bawahnya basah.

“Mak Mah!!”teriak Asyura kuat.Tidak lama kemudian,Mak Mah datang terburu-buru kepadanya.



“Ara dapat anak lelaki.”

Asyura tersenyum.Pucat wajahnya.Letih bertarung nyawa.Bila mendengar tangisan si kecil,benar-benar dia lega.Dia memejamkan mata,ingin lena.

Bila Asyura terjaga,dia sudah dikelilingi dengan ahli keluarga mertuanya.Di kanannya,bapa mertuanya,Tan Sri Fuad sedang berdiri.Di sebelah bapa mertuanya,berdiri pula ibu mertuanya.Puan Sri Mazlin.Mata Asyura meliar lagi.Di hujung kakinya,berdiri dua orang adik iparnya yang masih menuntut di universiti,Fazureen dan Fazlin.Di sebelah kirinya,Mak Mah tersenyum hambar memandangnya dan juga adik iparnya yang bongsu,Fahrin.

Asyura hampa bila Fahmi tidak kelihatan.Pasti lelaki itu benci dengan anak ini,dan mungkin pada dirinya juga.

“Mak Mah,mana Fahmi?Dari sampai tadi saya tak nampak dia?”

Soalan Tan Sri Fuad itu membuatkan Asyura tersentak.

“Tuan Fahmi…”

“Ayah,Fahmi ada kerja,yah.Dia dalam perjalanan ke sini,”pintas Asyura pantas.Tan Sri Fuad diam.Asyura juga diam.Terluka benar hatinya.Setitis air matanya jatuh lagi.



Sayu hatinya.Namun tidak terluah.Bila azan dan iqamat selesai diperdengarkan,Asyura cuma diam.Sebentar tadi,dia berasa gembira bila mendengar si kecil itu menangis.Dapat juga dia melihat zuriatnya menjengah dunia.Namun segala perasaan itu mati bila ternampak wajah tidak ikhlas suaminya.

Malah Fahmi juga menolak untuk mengazankan anaknya.Akhirnya,bapa mertuanya yang mengazankan anak itu.

“Kenapa Fahmi datang?”soal Asyura ketika hanya tinggal dia dan Fahmi di dalam wad tersebut.

“Tak boleh datang ke?”

“Datang kalau nak sakitkan hati Ara,tak payahlah.Baik Fahmi tak payah datang kalau tangan pun tak sudi nak pegang anak Ara ni.”

Memang sejak sampai,Fahmi langsung tidak menjengah anaknya.Memberikan kucupan juga tidak.

Fahmi diam.Tidak mahu membalas.

“Puas ke hati tu bila tengok Ara macam ni?Terbalas dah sakit hati tu?Kalau sakit hati dengan Ara,jangan balas pada Farish.”

“Farish?Ohh…jadi budak tu nama Farish?Hmm…tahu pun.Ara yang nak sangat dia lahir,jadi dia kenalah terima semua ni.Ingat ni,Fahmi takkan sentuh dia sikit pun tau.Esok-esok,kalau dia menyusahkan,ada masalah pasal budak ni,jangan cari Fahmi.Faham?”

Asyura diam.Hakikatnya hatinya hiba.Fahmi…sampai hati tak mahu mengaku anak itu darah daging sendiri?Bila lelaki itu pergi,dia menangis lagi.



Asyura selesai berpantang.Sepanjang berpantang,Mak Mah yang menjaganya.Kadangkala-kala pulang juga Fahmi.Namun sekejap sahaja.Farish,anaknya semakin lincah.Semakin cerdik dan semakin comel.

“Helo sayang…”sapa Asyura ceria kepada Farish di suatu pagi.Farish mengangakan mulutnya.Asyura tersenyum.Lantas botol susu yang sengaja disorokkan daripada pandangan anak kecil itu disuakan pada Farish.

Bila sebotol susu habis diminum,Farish akan disendawakan.Kemudian dia akan membawa Farish bersiar di halaman.Dia suka bila melihat Farish ketawa.

Bila malam,dia akan menemani tidur anaknya.Dia akan menepuk belakang anak kecil itu sehingga lena.Bila dia dibenarkan keluar dari hospital tempoh hari,Mak Mah sudah menyediakan sebuah bilik khas buat anaknya itu.Di situlah,saban malam dia melelapkan mata.

Hari berganti bulan.Farish semakin membesar.Dari merangkak,anaknya itu kini sudah berjalan walaupun masih perlu dipimpin.Namun hubungan Asyura dengan Fahmi masih belum pulih.Meskipun begitu,akaun banknya tetap terisi.Tetap ada wang nafkahnya setiap bulan.Tidak pernah putus semenjak lelaki itu mendapat tahu kehamilannya.Cuma sejak kebelakangan ini,Fahmi sudah tinggal semula bersamanya.

Lelaki itu lebih banyak memencilkan diri daripadanya.Mungkin masa sehariannya dihabiskan bersama Farish,jadi lelaki itu tidak begitu menampakkan diri.Bila malam tiba,Asyura lebih senang menemani tidur anaknya berbanding tidur suaminya.Bukan dia tidak mahu,tetapi sikap Fahmi itu kadang-kala membuatkan hati kecilnya terasa.



“Hei,ni apa ni?”

Suara lantang Fahmi mengejutkan seisi rumah.Mak Mah terkocoh-kocoh ke ruang rehat sebaik sahaja terdengar suara lantang majikannya itu.Manakala Asyura pula yang baru selesai menukar lampin Farish tergesa-gesa menuruni anak tangga.Ingin tahu apa yang menyebabkan suaminya marah.

Di hujung kaki Fahmi terdampar botol susu Farish.

“Kenapa ni?”tanya Asyura perlahan.

“Kenapa lagi?Ni,apa ni?Bersepah!Mak Mah,kemaskan cepat!Saya tak suka rumah bersepah macam ni!”

Tangannya mengunjuk pada tilam,bantal dan robot Farish yang berada di tengah-tengah ruang itu.

Kelam-kabut Mak Mah mengemaskan kembali ruang itu.Bila tangannya ingin mencapai botol susu di hujung kaki Fahmi,Asyura terlebih dahulu mengutipnya.Dia berpandangan dengan Asyura yang langsung tidak tersenyum.

“Mana pulak bersepah?Selain tilam tu,botol susu,robot Farish dengan bantal dia je.Lain tak ada pun,”ujar Asyura perlahan sebaik sahaja Mak Mah berlalu.Fahmi merengus.

“Jangan nak membantah apa yang Fahmi cakap.Lain kali macam ni lagi,Ara dengan budak tu boleh keluar dari rumah ni!”tegas Fahmi.Asyura tersentap.

Belum sempat dia membalas,lelaki itu telah berlalu.Asyura menggenggam erat tangannya,antara geram dan kecewa!





Fahmi mengatur langkahnya.Penat benar dia hari ini,seharian menghabiskan kerja di pejabat.Bila dia pulang,tiada siapa yang menantinya.Dulu,Asyura akan menantinya di muka pintu.Kepulangannya bersambut namun kini,semenjak kehadiran Farish,dia bagaikan diketepikan oleh isterinya.Dia seolah-olah kalah dalam merebut kasih seorang wanita bernama Asyura dengan seorang bayi kecil!

Bila langkahnya tiba di hadapan pintu bilik Farish,dia terhenti.Dari celahan pintu yang tidak tertutup rapat,dia nampak wajah ceria isteri dan anaknya.

Gelak tawa mereka silih berganti.Entah apa yang dimainkan berdua,dia kurang pasti.Namun dia nampak jemari Asyura yang sedang menggeletek kaki si kecil.Bibirnya tersenyum.

Dari celahan itu,dia mencuri pandang wajah Farish.

“Comel,”komen Fahmi sekilas.Selama ini,dia tidak pernah hendak memandang wajah anaknya itu.Dia terhenti sebentar,berkira-kira berapa sudah umur anaknya itu.Sudah hampir setahun rasanya…

Fahmi terus melangkahDi sofa di dalam kamarnya,dia merehatkan diri.Menanti juga Asyura muncul,namun sia-sia sahaja.Mungkin seperti malam-malam lalu,lenanya bersendirian lagi.

Jam tiga pagi.Fahmi terjaga dan terus meraba sebelahnya.Kosong.Pasti Asyura di bilik Farish lagi.Lampu tidur dipetik suisnya.Seketika cahaya kelam menerangi sekitar katilnya.

Dia bangkit dari baringan.Termenung seketika.Entah kenapa,malam itu membuak-buak rindunya pada Asyura.Fahmi bangun dan terus melangkah keluar.Matanya telah segar.Langkahnya diatur ke bilik Farish.

Bila pintu dikuak,benar sangkaannya.Asyura lena di sebelah Farish.Pertama kali dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.Fahmi duduk di birai katil.Perlahan-lahan.

“Ara,”panggil Fahmi perlahan.Tapi tiba-tiba dia menjadi teragak-agak pula.Tiba-tiba dia bimbang kalau Asyura terjaga.

Akhirnya dia berlalu sahaja.



Asyura mengemaskan tudungnya.Kemudian dia mengerling pada Farish yang sibuk bermain.

“Jom anak mama.Kita jalan-jalan ya hari ni?”ujar Asyura seraya mengangkat Farish.Pipi gebu anak kecil itu dicium sepuasnya.Tertawa Farish.Asyura mendukung Farish turun.

“Mak Mah,dah siap ke?”

Bila sampai di tingkat bawah,Asyura mencari pekerjanya itu.

“Ara,Mak Mah tak jadi pergilah.Pening pulak rasa kepala ni.”

Asyura menoleh.Dia diam,kemudian mengukir senyuman.Cadangnya ingin membawa pekerjanya itu keluar berjalan-jalan hari ini.Lagipun dia ingin membeli sedikit keperluan Farish.

“Tak apelah,Mak Mah.Mak Mah rehat jelah.Tapi Ara nak mintak tolong ni.Farish Ara tak jadi nak bawak sekali,sebab Ara nak pergi bank lagi ni.Lepas tu nak cari susu,pampers,bedak dan serba-serbi la dia punya.Ara tinggalkan dia dengan Mak Mah,tolong tengok-tengokkan ya.Ara lama kot,kalau bank tak ramai orang,cepatlah Ara balik.”

“Okey.Nanti Mak Mah tolong.”

Farish bertukar tangan.Bila anaknya dicium,barulah Asyura pergi.Mak Mah membawa Farish ke bilik anak itu dan selepas diberikan susu,Farish ditepuk-tepuk lembut sehinggalah anak kecil itu tidur.

Selesai berkemas,Mak Mah ke biliknya.Kepalanya terasa makin berdenyut.Sakit.Bila dia berbaring,tidak lama kemudian dia terlena.



Fahmi memutar anak kunci.Rumahnya sunyi sahaja.Kereta isterinya juga tiada di halaman.Keluar barangkali.Dia melangkah masuk dan sayup-sayup telinganya menangkap tangisan Farish.Dahinya berkerut kehairanan.

“Ara tak bawak sekali ke budak tu?”

Fahmi menaiki anak tangga satu persatu.Kelibat pembantu rumahnya juga tidak kelihatan.Sibuk di dapur agaknya.Semakin langkahnya mendekati kamarnya,semakin kuat tangisan itu kedengaran.Fahmi jadi tidak sampai hati.Akhirnya pintu bilik Farish dikuak perlahan.

Anak kecil itu sudah terduduk di atas katil.Fahmi mendekati meskipun sedikit teragak-agak.Farish menangis dan tangan kecilnya didepangkan.Minta diangkat.

Fahmi tidak sampai hati.Terus sahaja tubuh kecil itu diangkat dan didukung.Dibawa Farish rapat ke dadanya dan belakang anak kecil itu ditepuk lembut.Kemudian dia mundar-mandir sekeliling bilik itu.Lama sedikit,tangisan anak kecil itu mula reda.

“Good boy!Macam tulah anak papa,”bisik Fahmi sambil tersenyum lebar.Sekilas bibirnya mengucup pipi gebu anaknya.Farish nampak ceria kembali.

“Mama mana?Dia tak bawak Farish ya?Farish tinggal sorang-sorang,patutlah dia nangis.Nek Mah pun tak temankan Farish.Cian dia…”

Sekali lagi pipi itu dicium.

“Papa bawak Farish jalan-jalan ya?Kita pergi beli baju baru.Beli mainan baru…okey,sayang?”

Bila melihat Farish yang tertawa,Fahmi jadi senang hati.Entah kenapa,tiba-tiba sahaja dia menjadi sangat sayang kepada anaknya itu.Didukungnya Farish hati-hati.Agak kekok namun selepas lima minit,dia sudah selesa.

Fahmi terus membawa anaknya keluar tanpa memberitahu sesiapa terlebih dahulu.Kepada Asyura juga tidak dimaklumkan.

Selesai membelikan Farish baju-baju baru,dia memilih permainan pula untuk anaknya.Tidak lekang senyuman dari bibirnya.

Bila dia memakan kek yang dibeli di Restoran Secret Recipe,dia turut menyuapkan anaknya.Walaupun terpaksa mendukung Farish sepanjang membeli-belah,dia tidak kisah.Malah dia selesa dan rasa dekat dengan anak yang telah lama diabaikan itu.



Asyura berlari anak menuruni anak tangga.Dia nampak cemas.

“Mak Mah!Mak Mah!”panggilnya kuat.Langkahnya diatur pantas ke ruang dapur pula.

“Mak Mah!Mana Mak Mah ni?”

Asyura hampir menangis.Kelam-kabut sahaja gelagatnya.Mak Mah yang baru sahaja terjaga daripada tidur itu terus mendapatkan majikannya.

“Mak Mah,Farish mana?”soal Asyura lalu memegang lengan pekerjanya itu.Wajahnya begitu mengharap.Mak Mah yang mulanya masih mamai terus segar.

“Mak Mah tidurkan dia dekat bilik dialah.Kenapa?”

Mendengar itu,Asyura terus terduduk di lantai.Air matanya terus menitis.Melihat itu,Mak Mah terus memegang tubuh Asyura yang lembik.

“Farish tak ada,Mak Mah!Ara dah cari satu rumah…tak ada!”



Asyura memegang kepalanya.Buntu!

“Mak Mah minta maaf,Ara.Mak Mah pening kepala sangat,terlelap.Tapi lepas Ara pergi,Mak Mah tidurkan dia dekat atas dulu.”

Serba-salah Mak Mah mengungkapkan kata.Asyura memandang perkerjanya dengan linangan air mata.Hendak marah pun,tiada guna kerana marahnya tidak akan mengembalikan Farish…

“Ara,tak cuba telefon Tuan Fahmi ke?”tanya Mak Mah.Asyura terus menggeleng.

“Esok-esok, kalau dia menyusahkan,ada masalah pasal budak ni,jangan cari Fahmi.Faham?”

Teringat kata-kata suaminya ketika melawatnya di hospital sewaktu melahirkan Farish.Asyura menggelengkan kepalanya.

“Fahmi takkan nak tolong Ara,Mak Mah.Dulu lagi dia dah cakap dengan Ara jangan cari dia kalau pasal Farish,”beritahu Asyura hiba.



Fahmi memandu masuk ke halaman rumahnya.Bibirnya tersenyum bila mengerling ke arah tempat duduk belakang.Anaknya sudah lena.

“Dah balik,”bisiknya bila melihat kereta Asyura di halaman.Dia membuka pintu dan ketika dia ingin mendukung Farish keluar,terdengar tangisan isterinya.

Fahmi menoleh.Kehairanan apabila melihat Asyura yang sedang menangis di muka pintu.

“Ara…?”

Tanpa kata,Asyura berlari mendapatkan Fahmi.Tubuh suaminya dipeluk erat.Menangis semahu-mahunya.

“Asyura…kenapa ni?”

“Farish…Farish…”

Fahmi mengerutkan dahi.Dia merungkaikan pelukan lalu kedua-dulah tangannya memegang kedua-dua belah pipi Asyura.Menatap mata bundar yang basah itu.

“Farish hilang,Fahmi.Ara tak tahu kat siapa lagi nak mintak tolong.Ara tak kisah Fahmi nak marah ke apa,tapi tolonglah.Tolonglah dapatkan Farish balik…”rayu Asyura.Fahmi tersenyum nipis.

“Farish okey…dia tak ada apa-apa.Fahmi mintak maaf ye tak bagitahu Ara dulu.Fahmi bawak dia keluar.Tu,dah tertidur dalam kereta tu.”

Lega!Terus Asyura mendapatkan anaknya.Dicium berkali-kali sampai Farish terjaga.Namun dia terhenti bila terperasan sesuatu.Fahmi membawa Farish keluar?

Asyura menjengah sedikit apabila Fahmi membuka but kereta.Mengambil beberapa beg plastik.

“Fahmi belikan dia baju baru.Mainan baru.Good boy,tak meragam pun bila keluar dengan Fahmi.”

Fahmi tersenyum ceria.Dia mendekati Farish yang berada dalam dukungan Asyura.

“Anak papa ni baik betul.Lepas ni,Farish pakai baju yang papa beli ni,okey?”

Asyura yang mendengar tersentak.Tapi hatinya kembang berbunga.Senang mendengar Fahmi membahasakan diri.Akhirnya,sudi juga Fahmi mengaku Farish anaknya dan menyentuh tubuh kecil itu.Tanpa sedar,dia menangis kegembiraan.

“Ara,kenapa nangis pulak ni?”

“Sebab Ara rasa gembira dan bersyukur sangat.”

“Kenapa?”

“Sebab Farish dah dapat ayah dia balik.Ara pun dah dapat suami Ara balik.”

Fahmi terdiam namun akhirnya dia tersenyum.Kemudian air mata Asyura disapu lembut dengan jarinya.

“Tapi Fahmi lagi gembira sebab dah jumpa kebahagiaan yang selama ni Fahmi buang.”

Lalu kedua-duanya dipeluk erat.Penuh rasa bahagia.Mak Mah yang berdiri di muka pintu turut menangis kegembiraan.

Anak anugerah Tuhan.Umpama sehelai kain putih,ibu bapalah yang mencorakkan.Anak,jika dididik dengan betul dan sempurna,maka itulah aset paling berharga.

Apa Yang Tak Kena Dengan Jari Aku??

sekejapnya dah pukul 3 pagi. Sebenarnya mata aku dah bagi signal, tapi kejaplah. Bagi aku post dulu kisah malang ni.
Tadi aku try lah type racer yang selalu kawan2 aku cakap tu. Nak test gak kan berapa laju aku tulis.

Aku try BM punya. Woo...250 patah perkataan per minit. Ehh tak tipu tau, itu counter kat website tu yang cakap. Aku try dekat English punya...Ya ALLAH! Lembap mengalahkan siput sedut! 30 patah perkataan seminit. Huhu... jauhnya beza. Kenapa ek?

Tapi dalam banyak-banyak latihan yang aku buat tadi sampai naik kejang jari-jari aku ni, aku memang akuila yang kalau kita nak menaip sesuatu dengan cepat, kita kena 'scan' dulu apa yang kita nak tulis. Baru senang!

Isnin, 3 Januari 2011

Pics Time Sambutan Raya 2009

Hai semua!

Ni gambar-gambar ni sume gambar aku dengan sis2 time kitorang form 4. Time form 4 la time honeymoon... time gaduh, time gelak. Semuanyalah!

Gambar ni aku ambik masa sambutan hari raya 2009. Sedih sebab ntah apasal kitorang tak boleh pakai baju raya. Sambutlah pakai baju sekolah. Tu yang nampak tak berapa nak real sangatkan? Tapi tak pe. I tak kisah! Hehehe...

Tak banyak sangat gambar makanan sebab biasalah, kitorang dah makan dulu baru ambik gambar. Almaklumlah..lapar kn?=_=








Kita Satu. Ye tak?

Tadi aku jalan2... tiba-tiba teringat dekat Diba. Dia pernah kata Spider ada satu lagu baru. Aku pun carilah, tapi cuma jumpa videonya sahaja. Lain tak ada.

Aku teliti2 liriknya...best la jugak. Korang dengarlah. Sedap di telingaku. Kat telinga korang, no comment~ Macam lagu Spider yang lagi satu... Katalis.

i love this song. Nanti harap2 akan jumpa la somebody untuk aku nyanyikan lagu ni.hak3..( jangan pikir lain taw~ org yang akan aku nyanyikan lagu ni mestilah someone yang special) Siapa? Tengok lirik lagu ni, korang tahulah nanti! =___=

Okey, jom kita layan lagu nie. Zassss!!!!




AKU + _ _ _ _ _ _= satu!!!(peace forever!!)